Kredit foto: Instagram Ezaidi Aziz , TikTok Ezaidi Aziz

       

Sering mengadakan sesi live bersama dengan pempengaruh media sosial, Nur Syamimi Nawawi (AI Mimi), gelagat pelakon dan model Ezaidi Aziz di TikTok mencuri perhatian komuniti maya.

         

ezaidi aziz 559

        

Hasil pantauan di ruangan komen, kebanyakan warganet didapati terhibur dengan keletah yang diperagakan oleh aktor ini sewaktu berkomunikasi dengan Syamimi.

         

nur syamimi

        

Ternyata, selain memiliki aset rupa, sikap Ezaidi yang dikatakan lembut dalam bertutur kata menjadi salah satu faktor yang membuat dia viral dan mencuri perhatian warga siber.

         

ezaidi dan camelia

         

Siapa sebenarnya dia yang kian popular ini? Kami kongsikan lapan fakta menarik mengenainya.

         

10 Fakta Ezaidi Aziz Yang Ramai Tak Tahu

family ezaidi aziz

         

1. Dalam dunia seni lakon, Ezaidi Aziz melangkah ke pentas televisyen dengan mempersembahkan watak-watak dalam drama Jesnita, Bila Hati Memilih Dia, Keria Women, Jangan Padam Rindu dan Hijrah Jannah.

        

ezaidi wife age

        

2. Hobinya pada masa senggang adalah bermain bola sepak dan dia amat aktif dalam pertandingan sukan itu sewaktu di bangku persekolahan.

        

umur ezaidi aziz 294

         

3. Menggolongkan dirinya sebagai seorang yang sungguh pemalu.

Apabila melangkah ke set penggambaran lakonan buat kali pertama, sifat pemalu yang ketara berjaya dipudarkan dengan sokongan daripada sahabat baik, pelakon Aedy Ashraf dan krew produksi drama.

        

ezaidi aziz girlfriend

Ezaidi berada dalam umur 28 tahun pada masa kini.

        

4. Dirinya 'terjerumus' dalam arena lakonan atas 'pembohongan' Aedy Ashraf yang mengatakan kononnya dia perlu menghadiri sesi photoshoot sebagai model - yang pada asalnya adalah karier utamanya.

Tetapi pada akhirnya, dia sedar bahawa dia telah diperdaya selepas pengarah menghubunginya seolah-olah dia bersetuju untuk menerima undangan berlakon.

       

ezaidi aziz drama 895

        

5. Jika tidak menceburi kerjaya sebagai model, dia mungkin memilih jalan sebagai pramugara kerana ia dapat memastikan pendapatan yang baik dan stabil.

         

ezaidi aziz dan camelia

              

6. Mendatang, dia akan membawa watak dalam drama iQIYI Original, Rampas Cintaku Musim 2 bersama dengan Fasha Sandha dan Afieq Shazwan, yang dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2024.

         

keluarga ezaidi aziz

        

7. Walaupun memiliki ijazah dalam jurusan pendidikan, Pengurusan Hotel, sebenarnya ia adalah pilihan ketiganya ketika mendaftar di sebuah universiti awam. Pilihan pertamanya yang tidak berjaya adalah Pengurusan Dan Teknologi Pejabat.

         

mimi ai team

          

8. Hantaran Instagram (IG) dan TikTok yang dikongsi olehnya sering menampilkan perjalanannya mendekatkan diri kepada Allah dan mengejar ilmu agama melalui penyertaan dalam jemaah tabligh, yang seterusnya meraih perhatian dan sambutan positif daripada peminat.

         

ezaidi aziz wikipedia 650

Kredit foto: Instagram Ezaidi Aziz , TikTok Ezaidi Aziz

          

Untuk biodata penuh Ezaidi Aziz, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Ezaidi Aziz (Pokdi)

        

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Shahidan Izwan, Rakan Seangkatan Ezaidi Aziz

          

Sumber

1. Going with the flow

2. “Sebenarnya, Saya 'Kena Tipu' Dengan Aedy Ashraf…” - Ezaidi Aziz

3. Instagram Ezaidi Aziz

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)