Kredit foto: Instagram Amelia Christie Lim , Facebook Amelia Christie

       

Berjaya menawan hati aktor Sharnaaz Ahmad menjadikan nama Amelia Christie Lim semakin tidak asing di kalangan peminat seni tanah air.

Pasangan ini menjadi topik hangat dan sorotan utama netizen setelah menghadiri tayangan media filem Polis Evo 3, yang menjadi kemunculan pertama mereka sebagai pasangan kekasih.

Hubungan cinta mereka semakin mesra dengan kehadiran aktres itu yang kerap menemani kekasihnya di beberapa acara hiburan.

         

sharnaaz ahmad 775

         

Untuk pengetahuan, Amelia adalah wajah baru dalam industri seni lakonan Malaysia.

         

amelia christie agama 565

         

Lapan fakta di bawah memberikan lebih banyak pendedahan mengenai dirinya.

        

8 Fakta Mengenai Amelia Christie Lim - Yang Ramai Tak Tahu!

sharnaaz amelia

        

1. Dapatan daripada keterangan di akaun Facebook (FB) yang diyakini adalah miliknya menunjukkan bahawa aktres ini berasal dari Kuala Lumpur.

         

amelia christie lim 119

        

2. Lahir pada Ogos 2000, wanita ini baru sahaja menyusuri umur 23 tahun (2023).

         

amelia christie 867

        

3. Dia merupakan penganut agama Islam.

        

amelia lim

        

4. Sebagai pelakon, dia menembusi kaca televisyen dengan memainkan watak-watak dalam drama Histeria The Series, Bawah Blok, Cinta Hilang Kata, 7 Hari Mencintaiku Musim 2 dan Budak Hostel Otaknya Sewel.

        

umur amelia christie

         

5. Pada masa ini, dia terus membawa bakatnya beraksi dalam lakonan siri terbaru, Gamers Mangkuk dan Alice Kampung Baru yang sedang bersiaran.

         

6. Selain daripada berlakon, Amelia juga mencurahkan perhatian ke dalam dunia perniagaan dengan memasarkan produk serum rambut.

         

amelia christie lim wikipedia

        

7. Difahamkan bahawa dia dan Sharnaaz berkenalan secara kebetulan semasa menjalani sebuah sesi penggambaran bersama.

         

siapa amelia christie sharnaaz ahmad girlfriend bangsa birthday keluarga family

       

Pendedahan ini dibuatnya ketika menjawab soalan pengikut semasa sesi siaran langsung di TikTok.

         

biodata amelia christie lim

Kredit foto: Instagram Amelia Christie Lim , Facebook Amelia Christie

        

Turut dinyatakannya Sharnaaz, yang akrab dengannya, mempunyai keperibadian yang tegas.

        

8. Dia tidak hanya memiliki hubungan baik dengan bekas isteri Sharnaaz, Noor Nabila, dan anaknya, Jebat Jayden, seperti yang terlihat di beberapa hantaran di Instagram (IG), tetapi juga wajah mereka bertiga dikatakan mirip seperti adik-beradik!

        

Untuk lebih info mengenai Amelia Christie Lim, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Amelia Christie Lim

        

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Sharnaaz Ahmad

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Noor Nabila, Bekas Isteri Sharnaaaz Ahmad, Kakak Kepada Aktres Neelofa

           




Hakcipta iluminasi.com (2017)