Oleh pada 03 Aug 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Jufferi Jamari

    

Siapa Al Jufferi Jamari? Mohd Al-Jufferi Jamari ialah seorang ahli silat profesional Malaysia yang juga juara dunia empat kali dalam sukan seni bela diri.

   

Biodata Mohd Al Jufferi Jamari, Atlet Silat Malaysia

Nama penuh: Mohd Al-Jufferi bin Jamari

Nama popular: Jufferi Jamari

Umur: 30 tahun (2022)

Tarikh lahir: 28 Januari 1992

Asal: Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang

Keluarga: Jamari Dirun (bapa), Marsinah Dalimin (ibu)

Adik-beradik: Anak ketiga daripada lima adik beradik

Isteri: Nurul Farhana Abd Majid

Kerjaya: Atlet silat negara

Berat badan: 70 kilogram (kg)

Instagram (IG): @jufferijamari

Latar Belakang

1. Mula diperkenalkan dengan dunia persilatan oleh bapanya, Jamari Dirun ketika berusia dua tahun.

2. Bapa Jufferi meninggal dunia ketika dia berumur tujuh tahun pada 1999, akibat kemalangan.

3. Dibentuk dalam seni mempertahankan diri sejak di tingkatan dua selepas meminta sepupunya, Suzy Sulaiman membawanya berlatih silat di Kem Sukan Temerloh, Majlis Sukan Negeri Pahang - tempat yang lengkap kemudahan latihan silat.

     

Fakta Menarik

1. Lebih mesra dengan panggilan 'Boboi'.

2. Anak ketiga daripada lima adik beradik. Adik beradiknya yang lain ialah Mohd Jufri dan Mohd Jefri (kembar), selain Nur Amalina dan Nur Amanina (kembar).

3. Seorang yang pendiam dan manja tetapi tegas.

4. Minat bola sepak semasa zaman persekolahan, tetapi ingin terus bergiat aktif dalam bidang persilatan.

5. Ibunya merupakan bekas atlet negeri Pahang pada era 1970-an.

6. Menceburi bidang lakonan menerusi filem pertamanya berjudul Syahadan.

7. Berkahwin pada 2 Disember 2017 dengan pilihan hatinya, Nurul Farhana Abd Majid yang dua tahun lebih tua, juga bekas atlet silat.

8. Hasil perkongsian hidup bersama isteri, dia dikurniakan tiga anak lelaki antaranya Zimraan Al Qays, dan Furqan Al Haq yang berusia tiga tahun menghidap penyakit kanser.

9. Selepas dinobatkan sebagai juara Kelas F pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19, Jufferi mengumumkan persaraannya daripada sukan itu kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga, selain kecederaan bahu kanannya ketika Sukan SEA Hanoi lalu yang masih belum pulih sehingga kini.

10. Beliau menerima Darjah Kebesaran Peringkat Ketiga Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang pada 29 Februari 2020.

Pencapaian

1. Pingat Emas Kejohanan Silat Dunia Melaka, Malaysia 2022

2. Pingat Emas Kejohanan Silat Dunia Bali, Indonesia 2016

3. Pingat Emas Kejohanan Silat Dunia Phuket, Thailand 2015

4. Pingat Emas Kejohanan Silat Dunia Chiang Rai, Thailand 2012

5. 13 Pingat Emas Dan 2 Pingat Perak Dan 1 Pingat Gangsa Di Kejohanan Peringkat Asia Dari 2009 Hingga 2022

6. 14 Pingat Emas Dan 1 Pingat Perak Di Kejohanan Peringkat Terbuka Eropah Dari 2011 Hingga 2021 Olahragawan Kebangsaan 2015 Dan 2016

7. Olahragawan Negeri Pahang 2013, 2014, 2015, 2016, 2017

8. Olahragawan Harapan Pahang 2010, 2011 Dan 2012

Gambar

jufferi jamari

al jufferi

al jufferi jamari

jufferi jamari kahwin

jufferi jamari wife

al jufferi jamari biodata

jufferi jamari wikipedia

jufferi jamari movie

mohd al jufferi jamari

jufferi jamari umur

Kredit foto: Instagram Jufferi Jamari

Video

Kredit video: Pencak Silat Dunia 2022 : Al Juferi Jamari 48 - 17 Zetout Abdelmalek | Separuh Akhir / Semi Final (L) Kategori F

Sumber:

1. Boboi kenali silat seawal usia dua tahun

2. Al Jufferi Kini Milik Nurul Farhana

3. ‘Saya sakit bahu tiada apa, anak saya sakit kanser dia lagi kuat’

4. Jufferi 'turunkan' sasaran tinggi

5. Bergelar juara dunia empat kali, Mohd. Al Jufferi umum persaraan

6. Pesilat Mohd Al-Jufferi terima pingat SAP




Hakcipta iluminasi.com (2017)