Oleh pada 08 Nov 2018 kategori

Biodata

Nama penuh: Mohd Redha Rozlan

Nama popular: Mat Redho

Umur: 30 tahun (2018)

Kelahiran: Kuantan, Pahang

Media sosial: Instagram @matredho

Fakta Menarik

1. Merupakan juara program realiti Fear Factor Malaysia (FFM) musim kedua bergandingan dengan aktres Erin Malek pada tahun 2014.

2. Mendirikan rumah tangga dengan Nureain Kamdan, 32.

3. Memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai pelakon.

4. Menyifatkan dirinya seorang yang berperwatakan gila-gila.

5. Antara drama yang pernah dibintangi ialah siri Jodoh 2 dan Manis, siaran Astro Ria.

6. Meminati dunia teater dan antara pementasan yang pernah dijayakannya ialah teater Pak Pandir yang berlangsung pada November 2015.

7. Cabang bidang seni lain yang turut diceburi beliau ialah sebagai pengacara program televisyen berkonsepkan travelog.

mat redho ninja

8. Gemar melakukan aktiviti sukan lasak sebagai sebahagian daripada hobi.

9. Merupakan atlet negara dalam sukan ‘speed climbing'. Mula meminati sukan itu sejak berumur 17 tahun.

10. Pernah menyertai American Ninja Warrior musim kesembilan dalam kumpulan Asia, Sasuke Asean Cup 2014 dan Sasuke Vietnam 2016, 2017 dan 2018.

11. Pada awal tahun 2018, beliau menerima kecaman hebat kerana melakukan aktiviti ekstrem terjunan ‘rope swing’ atau tali hayun bersama anak perempuannya, Mecca Mikaela, 2.

12. Terkini, Redho membanggakan Malaysia selepas memenangi kedudukan pertama dalam pertandingan Ninja Challenge League 2018 yang berlangsung di Perth, Australia, sekaligus menewaskan juara American Ninja Warrior, Jake Murray yang hanya mampu berpuas hati di tempat kedua.

Foto

biodata mat redho juara ninja challenge league 2018 3

biodata mat redho juara ninja challenge league 2018 2 923

biodata mat redho juara ninja challenge league 2018 4

biodata mat redho juara ninja challenge league 2018 5

biodata mat redho juara ninja challenge league 2018 6

Video

Kredit:

1. Utusan Online

2. Harian Metro [1, 2, 3]

3. Sinar Harian

4. Instagram Mat Redho




Hakcipta iluminasi.com (2017)