Kredit foto: Instagram Lee Zii Jia
Siapa Lee Zii Jia? Beliau selaku pemain badminton perseorangan Malaysia telah berjaya mengharumkan nama negara di kejohanan badminton All England 2021, baru-baru ini.
Kemenangan bergayanya sekaligus menundukkan Viktor Axelsen dari Denmark yang merupakan juara bertahan.
Berikut adalah biodata dan fakta menarik mengenai Zii Jia yang disebut-sebut ramai sebagai pengganti Datuk Lee Chong Wei ini.
Biodata / Profile / Latar Belakang
- Berumur 23 tahun (2021).
- Kelahiran Alor Setar, Kedah pada 29 Mac 1998.
- Berketinggian 186 sentimeter (cm) dan mempunyai berat badan 78 kilogram (kg).
- Anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa.
- Mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa H, Alor Setar, Kedah.
- Mula berjinak-jinak dalam sukan badminton sejak usia enam tahun.
- Mempamerkan aksi cemerlang dalam pertandingan bawah 12 tahun, sebelum bermain secara profesional pada umur 13 tahun.
- Beliau kemudiannya mendapat tawaran menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
- Bergelar juara junior di Terbuka Badminton Perak dan Selangor pada 2015, seterusnya ditempatkan dalam Persatuan Badminton Malaysia.
Fakta Menarik
- Beliau yang berada di ranking ke-10 dunia berjaya menewaskan Viktor Axelsen di All England 2021 yang menduduki ranking ke-2.
- Perlawanan berkenaan menjadi pertembungan keduanya dengan Axelsen yang mana beliau terlebih dahulu menundukkan pemain Denmark itu pada 2019.
- Menerima ganjaran hadiah wang tunai berjumlah AS$59,500 (RM244,344).
- Kejohanan badminton paling tua itu terdahulu dimenangi beberapa pemain lagenda tempatan iaitu Wong Peng Soon (1950,1951,1952,1955), Datuk Eddy Choong (1953,1954,1956,1957), Tan Aik Huang (1966) dan Muhammad Hafiz Hashim (2003).
Gambar
Kredit foto: Instagram Lee Zii Jia
Video
Kredit video: Lee Zii Jia vs Viktor Axelsen | YONEX All England 2021 | Astro SuperSport
Sumber:
1. Anak Kedah Yang Berketinggian 186cm, Ini 10 Perkara Menarik Tentang Pemain Badminton Lee Zii Jia