Oleh pada 04 Jul 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Henrietta Justine

  
Siapa Henrietta Justine? Henrietta Justine yang digelar sebagai "Sumandak Tambunan" ini merupakan pemain pasukan bola sepak wanita kebangsaan, skuad Malayan Tigress.
  
Henrietta yang bermain di posisi penyerang untuk NSWFC (Negeri Sembilan Women's FC) adalah pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai di Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FASWSL) selepas menjadi wira yang mendapatkan gol kemenangan pada perlawanan peringkat akhir.
  
Beliau yang disebut-sebut dengan jolokan 'Diamond of Sabah' bukan sahaja cemerlang dalam bidang sukan, malah turut berjaya dalam bidang akademik apabila menerima tawaran meneruskan pengajian di peringkat Diploma di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
  

Biodata

Nama: Henrietta Justine
Umur: 19 tahun
Tempat lahir: Sabah
Asal: Kampung Kaingaran, Tambunan, Sabah
Pendidikan: Pengajian Diploma, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kerjaya: Pemain bola sepak wanita kebangsaan
Posisi dalam skuad kebangsaan : Penyerang, MF
Anugerah : Most Valueable Player (MVP) Liga Bolasepak Wanita
Cita-cita : Bermain dengan kelab bolasepak terkemuka di luar negara
Instagram (IG): @henrietta.n12
  

Latar Belakang

Henrietta mula berjinak-jinak dalam dunia sukan bola sepak wanita sejak usia 10 tahun, menerusi kejohanan-kejohanan sekolah.
  
Tidak mengabaikan pelajaran sekalipun sibuk dengan aktiviti sukan, beliau menerima tawaran peringkat Diploma di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
  
Kini beliau sedang menumpukan perhatian penuh dalam pengajian yang masih diikuti, selain turut menyertai training sukan yang dijadualkan kepadanya.
  
Selepas menamatkan pengajian di institusi tinggi, beliau bercadang mahu meneruskan karier dalam sukan bola sepak kerana ingin mengintai peluang yang lebih jauh dalam acara ini.
  
Menanam cita-cita bermain dalam kelab bola sepak terkemuka di luar negara, beliau berharap kejayaan yang diperoleh dapat menjadi inspirasi buat generasi baharu agar sentiasa melakukan yang terbaik walau apa juga kekangan yang datang dalam kehidupan.
  

Pencapaian

Pada Januari 2022, jaringan tunggalnya telah berjaya mengangkat pasukan bola sepak wanita NSWFC (Negeri Sembilan Women's FC) sebagai juara sulung di Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FASWSL) dengan menewaskan The Footsouls menerusi kemenangan tipis 1-0.
  
Beliau merangkul Anugerah Pemain Paling Bernilai / Most Valuable Player (MVP) Liga Bolasepak Wanita selepas merekodkan 7 gol dan menyumbang 6 bantuan gol sepanjang kejohanan berkenaan.
  
Beliau menjadi wira kemenangan Dinolove FC di Kejohanan Liga Bolasepak Wanita Kuala Lumpur (KLWFC) pada awal Januari 2022, menerusi jaringan tunggal yang membawa kepada gelaran Pemain Terbaik di perlawanan akhir.
  
Menyandarkan harapan membawa nama Malaysia ke Piala Dunia Wanita sebagai negara keempat Asia Tenggara, bagi mengikut jejak Filipina, Vietnam dan Thailand, Henrietta berharap Malaysia dapat memperbanyakkan liga wanita bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu, selain menyediakan program latihan yang lebih kukuh.
  
Pada Mac 2022, Henrietta  telah mempersoalkan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengambil keputusan untuk tidak menghantar skuad wanita ke temasya Sukan SEA Hanoi, memandangkan pemain-pemain bola sepak wanita negara ini dirasakannya sudah mempunyai kelayakan untuk bertanding di kejohanan antarabangsa.
  

Gambar

Kredit foto: Instagram Henrietta Justine

  

Video

Kredit video: "Kalau lelaki boleh, perempuan pun boleh" MVP Henrietta Justine yakin bola sepak wanita ada potensi

  
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)