Oleh pada 10 May 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Arif Aiman Hanapi

Populariti penyerang Johor Darul Takzim (JDT) Arif Aiman ​​​​Mohd Hanapi tidak dapat dinafikan.

Arif Aiman ​​kini merupakan pemain muda yang meniti di bibir peminat bola sepak tanah air dan diramalkan suatu hari nanti akan menjadi bintang seperti Datuk Mokhtar Dahari, Datuk James Wong, Datuk Hassan Sani dan Zainal Abidin Hassan.

Iluminasi mempunyai beberapa fakta menarik tentangnya.

    

8 Fakta Arif Aiman Hanapi, Pemain Bola Sepak JDT Yang Ramai Tak Tahu!

arif aiman 475

    

1. Pemain yang berasal dari negeri Pahang mempunyai fizikal badan yang tingginya 170 cm (5 kaki 7 inci).

arif aiman hanapi 663

    

2. Mempunyai ketinggian lebih pendek berbanding pemain lain di atas padang semasa "peringkat pembangunan", namun itu tidak menghalangnya daripada berjuang untuk membuktikan dirinya sebagai seorang profesional.

arif aiman jdt 500

    

3. Gambar yang dikongsi Arif di akaun Instagramnya baru-baru ini menunjukkan dia menyambut Aidilfitri di Kelantan sekaligus membayangkan dia juga mempunyai darah keturunan negeri Che Siti Wan Kembang!

jdt

4. Arif menyertai skuad utama JDT dengan membuat penampilan sulung dalam pasukan seniornya pada Mac 2020, berusia 17 tahun 10 bulan. Di kala pemain seusianya sedang giat beraksi di Piala Presiden atau Piala Belia, Arif sudah mampu bersama kelab terbaik Malaysia.

umur arif aiman

5. Pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK2021), beliau dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP), penyerang terbaik dan pemain muda terbaik dalam edisi berkenaan.

biodata arif aiman jdt 821

    

6. Dia menjadi pemain termuda dalam sejarah anugerah itu memenangi gelaran MVP pada usia 19 tahun, diikuti Safawi Rasid yang memenanginya pada usia 21 tahun (pada 2018).

gaji arif aiman

    

7. Mendapat jolokan "Messi Malaysia" berikutan "dribbling skills" dan aksi larian pantas yang ditunjukkan saling tak tumpah seperti pemain dunia yang memiliki tujuh gelaran Ballon d'Or itu.

arif aiman hanapi ig

     

8. Berbalas komen dengan seorang wanita di laman sosial Instagram miliknya seperti menggambarkan bahawa hati Arif kini milik seseorang yang istimewa!

Untuk biodata asas Arif, baca artikel berikut: Biodata Arif Aiman Hanapi, Pemain Bola Sepak JDT

jdt 2022

pemain jdt

arif aiman asal mana

Kredit foto: Instagram Arif Aiman Hanapi & Instagram Johor Darul Ta’zim FC

   

Kredit video: Arif Aiman 2022 - Skills & Goals HD

Sumber:

1. Arif Aiman, wonderkid terulung negara

2. Twitter Youth Football Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)