Kredit foto: Instagram Farah Lee , Facebook Farah Lee
Siapa Farah Lee? Dia mula menjadi sorotan media dan netizen selepas berita mengenai perceraian dengan bekas suaminya, Ally Iskandar, yang merupakan personaliti TV terkenal, menjadi tular.
Apa yang membuatkan diri wanita ini berpengaruh dan memiliki pengikut setia di platform media sosial tidak hanya disumbangkan oleh kejayaan akademiknya, tetapi juga melalui perkongsian kisah kehidupan seharian dan kata-kata motivasi yang menginspirasikan.
Biodata
Nama sebenar: Nurfarahin binti Romli
Nama komersial: Farah Lee
Umur: 35 tahun (2024)
Tarikh lahir: 12 Mac 1989
Tempat lahir / Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Agama: Islam
Keluarga: Anak keempat daripada lima orang adik beradik
Pendidikan: Ijazah Sarjana Jurusan Pendidikan Kanak-Kanak daripada University of Leeds, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Inha, Korea Selatan
Pekerjaan: Usahawan, Personaliti Media Sosial, Pengacara, Aktivis Kemanusiaan
Instagram (IG): @farahlee_
Latar Belakang
1. Dia merupakan anak kepada pasangan Romli Ismail (bapa) dan Shikin Abdullah (ibu).
2. Merupakan pengasas perniagaan pakaian yang dikenali sebagai Omma & Esabel.
3. Awal kariernya dicorakkan sebagai seorang penulis blog sebelum mencapai populariti sebagai seorang selebriti media sosial.
4. Perkahwinannya yang pertama ialah dengan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) yang terkenal, iaitu Ally Iskandar (Ally Iskandar Mohd Mardzi) pada 20 Januari 2012. Walau bagaimanapun, mereka mengakhiri ikatan itu dengan bercerai pada 17 Ogos 2016 atas dasar jodoh yang tidak panjang.
Seorang anak bernama Maream Esabel menyinari kehidupan mereka sebagai hasil daripada perkahwinan tersebut.
5. Farah memulakan babak baru dalam kehidupan berumah tangga pada 5 Januari 2024, dengan perkahwinan kali kedua bersama seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai Fuad.
Dengan menggunakan akaun Instagram (IG), dia menyampaikan berita itu tanpa mengemukakan butiran lanjut mengenai perkahwinan yang mengubah statusnya daripada seorang ibu tunggal itu.
Difahamkan, suaminya, Fuad Hashim atau nama penuhnya, Mohammad Fuad Hashim terlibat sebagai atlet dalam bidang sukan kuda lasak negara.
6. Sebelum ini, bekas suaminya, Ally Iskandar, telah berkahwin dengan wanita pilihan, Marlina Ibrahim pada 22 Jun 2019 dan kini mereka dipercayai sudah menjadi ibu bapa kepada seorang anak.
Fakta Farah Lee
1. Dengan hati yang penuh belas kasihan terhadap insan serba kekurangan, dia secara aktif melibatkan diri dalam pelaksanaan pelbagai program kemanusiaan dan kebajikan - tidak hanya di dalam negara, malah di luar negara - bagi memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
2. Seperti yang diceritakannya di Instagram, dia pernah melalui fasa sukar semasa zaman bersekolah, yang mana ibunya terpaksa mengusahakan bisnes kecil-kecilan bagi menampung yuran pengajian tuisyennya.
3. Pada masa kini, bapanya sudah tiada lagi sejak meninggal dunia pada 14 Mei 2017.
Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pengacara Ally Iskandar
Foto
Antara dua adik-beradiknya.
Kredit foto: Instagram Farah Lee , Facebook FarahLee
Video
Kredit video: Kisah Inspirasi Farah Lee