Oleh pada 15 Jul 2022 kategori

  

Kredit foto: Instagram Intan Serah

      

Siapa Intan Serah? Nama Intan Serah sudah tidak asing lagi dalam arena futsal Malaysia. Dikenali sebagai aset penting dalam pasukan wanita kebangsaan, wanita serba boleh ini turut mengembangkan portfolionya sebagai pelakon, model, penyanyi dan streamer.

Biodata

Nama sebenar: Intan Sarah Anisah binti Zulgafli

Nama komersial: Intan Serah

Umur: 23 tahun (2022)

Tarikh lahir: 10 Julai 1999

Tempat lahir / Asal: Kuala Lumpur

Ketinggian: 1.68 meter (m)

Keluarga: Anak ketujuh daripada lapan adik beradik (enam orang abang, seorang adik perempuan)

Sekolah: Sekolah Sukan Kuala Lumpur

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan, Universiti Malaya

Kerjaya: Pemain futsal wanita Malaysia, streamer

Cita-cita: Mengambil bahagian dalam liga futsal antarabangsa

Instagram (IG): @intanserah

Latar Belakang

1. Mula berada di arena futsal secara profesional pada tahun 2015.

2. Mula serius dalam bidang sukan sejak belajar di sekolah sukan — di mana dia turut ditawarkan pendidikan di sekolah berasrama penuh, tetapi menolaknya.

3. Di sekolah sukan, beliau pada asalnya aktif dalam olahraga iaitu acara 100 meter (m) lari berpagar.

4. Pernah memenangi pingat emas di Sukan Belia ASEAN 2015, acara 100 meter lari berpagar dan memenangi pingat perak di SUKMA Sarawak 2016.

5. Mula mengasah kemahiran dalam futsal semasa menyertai Kelab Phoenix R.C.

6. Beliau kemudiannya menerima tawaran menganggotai skuad futsal Perak pada 2017.

7. Bakatnya ketika mewakili Perak dalam Liga Futsal Kebangsaan 2017 mendapat perhatian jurulatih Muizzudin Mohd Haris.

8. Penampilan pertamanya di temasya dwitahunan, Sukan SEA ialah pada 2017 iaitu di KL SEA Games 2017 sebagai atlet futsal kebangsaan mewakili Malaysia.

9. Kemaraannya berterusan dalam Futsal Wanita AFC 2018.

10. Diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan Liga Premier Futsal Malaysia / Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2019 bagi kategori wanita.

11. Pada 2022, Intan selaku ketua pasukan Melaka membawa kemenangan kepada negeri itu dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Wanita.

12. Bukan itu sahaja, dia dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan menerusi 12 gol sepanjang MPFL wanita berlangsung.

13. Pada Mei 2022, skuad futsal wanita negara yang diketuainya membawa pulang pingat gangsa Sukan SEA 2021, di belakang Vietnam (emas) dan Thailand (perak).

    

Fakta Menarik

1. Pernah bermain dengan kelab futsal Selangor, Perak, Felda, Kuala Lumpur dan Melaka.

2. Pernah menghadapi masalah membahagikan masa semasa penglibatan awal dalam olahraga dan futsal - kerana lokasi latihan olahraga terletak di Kuala Lumpur, manakala futsal berada di negeri Perak.

3. Untuk memberikan tumpuan sepenuhnya, dia memutuskan untuk meninggalkan olahraga. Futsal dikira sesuai untuk Intan yang sukakan sukan berpasukan.

4. Netizen menyifatkan wanita ini seorang yang versatil dan berbakat dalam pelbagai bidang kerana dia juga mempunyai kebolehan bermain permainan popular berkonsepkan 'battle royal' iaitu PUBG Mobile.

5. Selain itu, dia turut membangunkan laman sosialnya dengan memuat naik video lagu 'cover' popular yang dinyanyikan semula.

6. Pernah membintangi filem Gol & Gincu Vol 2, selain menyumbang suaranya dalam lagu OST filem berkenaan berjudul Hari-Hariku, menyanyi bersama Aizat Amdan dan Annabel Michael.

7. Turut menjadi wajah model produk solekan Avon Simply Pretty.

    

Gambar

adik beradik intan serah

intan serah ig

intan serah dulu

intan serah wikipedia

siapa intan serah

intan sarah

intan serah

futsal malaysia

intan serah tinggi

intan serah umur

intan serah birthday

Kredit foto: Instagram Intan Serah

Video

Kredit video: Apa je Intan Serah tak boleh buat? I Nadi Weekend

Sumber:

1. Intan intai peluang wakili skuad futsal

2. National athlete Intan Serah scores with 'Gol & Gincu. Vol 2'

3. Intan Serah nak kahwin ‘anak raja’?

4. Tampil berbisa pada aksi kedua

5. Intan Serah Confused | Curhat [Episod Penuh]




Hakcipta iluminasi.com (2017)