Oleh pada 20 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @j._.eonn

    

Pemain bola sepak Korea Selatan, Jeon Hyo-Seok dikhabarkan bakal diimport masuk mengisi posisi pemain pertahanan skuad Perak (Perak FA) pada tahun hadapan.

Ia didedahkan menerusi akaun Twitter Perak Power pada 13 Disember lalu.

"Tahukah kome. Bakal defend import Perak (merujuk kepada gambar Jeon Hyo-Seok yang dimuat naik). Penuhle stadium dengan gadis-gadis musim depan," tulisan dalam kiriman itu berbunyi.

Dakwaan kemasukannya diperkuatkan lagi menerusi penularan foto Hyo-Seok bersama wakil barisan tertinggi Perak FA.

Begitupun belum ada sebarang pengumuman rasmi membabitkan perkhabaran itu.

Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya nanti.

   

Biodata Jeon Hyo Seok

1. Pemilik nama Hyo-Seok Jeon atau Jeon Hyo-Seok.

2. Lahir pada 28 Mei 1997.

3. Berumur 22 tahun (2019).

4. Kelahiran Korea Selatan.

5. Berketinggian 1.87 meter, berat badannya 80 kilogram.

6. Sebelum ini merupakan pemain midfielder kelab Asan Mugunghwa FC selepas beralih daripada Jeju International University.

7. Dikhabarkan bakal diimport masuk mengisi posisi pemain pertahanan (defend) untuk skuad bola sepak Perak (Perak FA) pada tahun hadapan. Desas-desus itu disebarkan di laman sosial Twitter Perak Power pada 13 Disember lalu.

8. Perkhabaran itu meraih perhatian peminat bola sepak khususnya kaum wanita yang teruja melihat wajah Hyo-Seok gara-gara persis bintang Kpop.

9. Laman sosial Instagramnya atas nama @j._.eonn sehingga kini sudah mengumpul lebih 32,000 pengikut.

    

Foto

jeon hyo seok instagram

jeon hyo seok

pemain import perak

pemain perak korea

hyo seok jeon

jeon hyo seok ig

jeon hyo seok 518

jeon hyo seok biodata

Kredit foto: Instagram @j._.eonn

    

Sumber:

1. Perak FA import pemain persis selebriti K-Pop?

2. "Penuhlah Stadium Dengan Gadis-Gadis Musim Depan" - Pemain Korea Kacak Bakal Jadi Defender Perak!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)