Oleh pada 28 Oct 2018 kategori

Biodata

Nama penuh: Mohd Faiz bin Mohd Nasir

Nama popular: Faiz Nasir

Tarikh lahir: 21 July 1992

Umur: 26 tahun

Tempat lahir: Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan

Pekerjaan: Pemain bola sepak (pemain tengah pasukan Terengganu FC)

Media sosial: Instagram @faiznasir15_

Fakta Menarik

1. Faiz yang mendapat jolokan 'Messi Ganu' ini merupakan anak keenam daripada sebelas adik-beradik.

2. Sewaktu membantu pasukan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) Pasir Mas memenangi Kejohanan Piala Kijang Muda anjuran Kafa beberapa tahun lepas, Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan mula mengesan bakat beliau menerusi aksi lincah yang dipamerkannya.

3. Lantas jurulatih pasukan mencadangkan agar Faiz menghadiri sesi pemilihan skuad Piala Presiden Kelantan.

4. Hakikatnya Faiz ketika itu hanya giat bermain bola sepak bagi mewakili sekolah rendah dan menengah peringkat daerah sahaja. Jika ada yang dapat dibanggakan sekalipun ialah beliau pernah membantu pasukan Institut Kemahiran Mara (IKM) Pekan muncul sebagai juara dalam karnival sukan antara institut berkenaan.

5. Di usia 21 tahun, Faiz melangkah setapak ke hadapan apabila diberi peluang menyarung jersi The President Warriors, namun tidak berputus asa untuk melangkah lebih jauh dalam sukan yang diminatinya itu, apatah lagi beliau mendapat sokongan penuh daripada kedua orang tuanya.

6. Kemudian Faiz mengorak langkah bermain dalam Liga FAM untuk pasukan Felcra FC pula.

7. Akhirnya, prestasi baik yang ditunjukkan menarik minat barisan kejurulatihan pasukan Terengganu untuk membawanya ke gelanggang yang lebih besar iaitu dengan mewakili pasukan Terengganu pada tahun 2017 untuk Liga Premier, diikuti Liga Super pada 2018.

8. Biarpun bersusuk tubuh kecil dan hanya berketinggian 1.55 meter, namun Faiz yang mengidolakan pemain tempatan, Mohd Shakri Shaari dan penyerang antarabangsa Argentina serta Barcelona, Lionel Messi itu, mempunyai cita-cita untuk menyarung jersi skuad negara satu hari nanti.

Foto Terkini

biodata faiz nasir pemain bola sepak pasukan terengganu fc 2

biodata faiz nasir pemain bola sepak pasukan terengganu fc 3

biodata faiz nasir pemain bola sepak pasukan terengganu fc 4

biodata faiz nasir pemain bola sepak pasukan terengganu fc 5

biodata faiz nasir pemain bola sepak pasukan terengganu fc 6

Video Faiz Nasir

Kredit:

1. Wikipedia Faiz Nasir

2. Sinar Harian

3. Facebook Terengganu 2018

4. Instagram Faiz Nasir

5. Instagram Terengganu Football Club️️




Hakcipta iluminasi.com (2017)