Oleh pada 09 Mar 2020 kategori

biodata alfi rasid

Kredit foto: Instagram Alfi Rasid

    

Alfi Rasid merupakan pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim III (Johor Darul Ta'zim III FC) yang juga dikenali sebagai JDT III.

Beliau adalah adik kepada pemain penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi bin Rasid atau Safawi Rasid.

    

Biodata

  • Menggunakan nama komersial, Alfi Rasid.
  • Berumur 19 tahun.
  • Berasal dari Dungun, Terengganu.
  • Anak kepada pasangan Rasid Sulong, 66, (bapa) dan Salemeh Abu Bakar, 56, (ibu).
  • Pemain daripada pasukan Dspex FC yang kini diserap masuk ke skuad JDT III untuk musim 2020.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @alfirasid_ sehingga kini mengumpul lebih 30,000 pengikut.

    

Latar Belakang

Alfi Rasid merupakan adik kepada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid iaitu pemegang gelaran Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019.

Alfi dibesarkan dalam keluarga yang susah dengan keseluruhannya mempunyai 13 orang adik-beradik di kediaman mereka yang terletak di Kampung Bukit Chatak, Dungun, Terengganu.

Bapanya, Rasid Sulung, bekas pemain sepak takraw negeri Terengganu, terpaksa menyara kehidupan keluarga dengan gaji sebagai penjawat awam sebanyak RM350.

Rasid turut menambah pendapatan dengan membuat kerja sambilan, dengan dibantu anaknya, Safawi.

Sebelum ini Alfi yang berbakat dalam sukan bola sepak seperti abangnya, terbabit di gelanggang amatur di Terengganu menerusi penyertaan dalam pasukan Dspex FC yang berpengkalan di Dungun, Terengganu.

Musalman Kamal yang juga rakan sepasukannya mendedahkan, Alfi sering ditugaskan jurulatih untuk beraksi di posisi tengah sewaktu perlawanan.

Tahun 2018 menyaksikan beliau membantu pasukannya melakar kemenangan sebagai juara Liga Premier bagi saingan Terengganu Amateur League (TAL), divisyen lima bola sepak Malaysia, yang kini divisyen empat (M4).

Pada hujung 2019, beliau menurut jejak langkah Safawi dengan menukar angin berhijrah ke JDT menerusi skuad JDT III untuk musim 2020.

      

Baca: Biodata Safawi Rasid, Pemain Bola Sepak JDT

    

Foto

alfi rasid

adik safawi rasid

alfi rasid jdt

biodata safawi rasid

adik beradik safawi rasid

keluarga safawi rasid

profil alfi rasid

wikipedia alfi rasid

instagram alfi rasid

latar belakang alfi rasid

Kredit foto: Instagram Alfi Rasid

   

Sumber:

1. 5 Perkara yang anda tidak tahu mengenai Safawi Rasid

2. Facebook Darul Takzim FC & Johor FA

3. 'Bukan mak tak restu, tapi Awi masih muda' [METROTV]

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)