Oleh pada 16 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Brendan Gan

   

Kejayaan Harimau Malaya melakar kejutan menewaskan Thailand 2-1 pada aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia 2023, dua hari lalu, menjadi kebanggaan besar buat para penyokong tempatan.

Skuad negara menghampakan pihak lawan menerusi jaringan Brendan Gan dan Mohamadou Sumareh pada minit ke-26 dan 56.

Menyusul, Malaysia bakal mendepani Indonesia di gelangggang sama pada 19 November ini.

Berikut kami kongsikan biodata mengenai Brendan Gan yang menjadi antara wira kemenangan pada malam itu.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Brendan Seng Ling Gan. Dikenali umum sebagai Brendan Gan.

2. Lahir pada 3 Jun 1988. Berumur 31 tahun.

3. Kelahiran Sutherland Shire, Australia. Juga membesar di sana.

4. Berketinggian 1.78 meter.

5. Berdarah campuran Malaysia dan Australia. Bapanya, Michael Eng Sen Gan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, manakala ibunya, Susan Louise Gan dari Sydney, Australia.

6. Merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik yang juga merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga.

7. Berkelulusan ijazah sarjana muda dalam jurusan Pengurusan Acara dan Perniagaan.

8. Mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Elyse Brooke pada 2017 sebelum dikurniakan anak sulung yang baru dilahirkan seminggu lalu.

9. Merupakan bekas pemain posisi tengah defensif pasukan Kelantan sebelum beralih menyertai skuad Perak.

   

Fakta Menarik

  • Berjinak-jinak dengan sukan bola sepak sejak usia enam tahun kerana pengaruh bapanya yang 'gila sukan'.
  • Mula merencana kerjaya sebagai pemain bola ketika masih menuntut di sekolah tinggi.
  • Juga meminati sukan renang, tenis dan ragbi.
  • Mendapat kerakyatan Malaysia pada Mac 2014.

   

Foto

brendan gan

brendan gan malaysia

brendan gan wife

brendan gan perak

instagram brendan gan

brendan gan parents

brendan gan ig

wikipedia brendan gan

brendan gan 2019

Kredit foto: Instagram Brendan Gan

   

Video

Kredit video: Brendan Gan 2019/20 - Dribbling Skills , Passes , Assists | Malaysia | HD

   

Sumber:

1. Wikipedia Brendan Gan

2. Kenali Brendan Gan, 'Midfielder' Perak Yang Tampan Dengan Kisah Inspirasi Menyentuh Hati

3. Veni, Vidi, Vici Brendan Gan! Jom Kenali Sosok Viral Arena Bola Sepak Ini...

4. Brendan Gan – Mengejar Gol Seterusnya

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)