Oleh pada 21 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Liridon Krasniqi

    

Liridon Krisniqi atau lebih dikenali dengan nama panggilannya, Mat Don, merupakan pemain import baharu pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim 2020.

Bekas pemain Kedah dan Melaka United ini telahpun secara rasmi menandatangani perpindahan ke pasukan gergasi yang juga bekas juara Liga Super enam musim berturut-turut itu.

   

Biodata

1. Pemilik nama Liridon Krasniqi.

2. Kelahiran Vitina, Kosovo pada 1 Januari 1992.

3. Berusia 27 tahun (2019).

4. Beragama Islam.

5. Berketinggian 1.88 meter.

6. Bermain di posisi 'midfielder'.

7. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @liridonkrasniqi_8 sehingga kini sudah mencatatkan lebih 337,000 pengikut.

8. Sebelum ini, beliau beraksi bersama pasukan Kedah selama tiga musim iaitu pada 2015 hingga 2018, sebelum menyarung jersi Melaka United (MU) pada 2019.

   

Fakta Menarik

  • Pernah menyertai kelab di Jerman pada peringkat pembangunan. Karier profesionalnya bermula bersama pasukan Liga Republik Czech, Mlada Boleslav pada 2011.
  • Kemudiannya bermain di Liga utama Turki sebelum mendapat kecederaan serius. Selepas lapan bulan berehat, beliau seterusnya menyertai Kedah FA.
  • Antara pencapaiannya bersama pasukan Kedah termasuk Piala Liga Perdana pada 2015, Piala Malaysia (2016), Piala Sumbangsih (2017) dan Piala FA (2017).

   

Foto

liridon krasniqi

mat don

wikipedia liridon krasniqi

liridon krasniqi ig

profil liridon krasniqi

liridon krasniqi jdt

biodata mat don

Kredit foto: Instagram Liridon Krasniqi

   

Sumber:

1. Wikipedia Liridon Krasniqi

2. Mat Don Sah Milik JDT

3. JDT ikat Liridon Krasniqi

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)