Oleh pada 06 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Syafiq Ahmad & Instagram Johor Darul Ta’zim FC 

    

Muhammad Syafiq Ahmad menjadi antara watak penting dalam kebangkitan Malaysia mengatasi Indonesia 3-2 pada aksi pembukaan pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, malam tadi.

Beliau menjaringkan gol kedua pada minit ke-66, selain Mohamadou Sumareh yang muncul 'wira' dengan meledak jaringan sulung pada minit ke-37, diikuti gol kemenangan pada masa kecederaan (minit ke-90+7).

Dalam pada itu, gol Indonesia menerusi Alberto Goncalves pada minit ke-12 dan 39.

Menerusi ruangan biodata kali ini, penulis kongsikan dengan lebih dekat mengenai Syafiq Ahmad, pemain yang mula berjinak-jinak dengan sukan bola sepak sejak di bangku sekolah rendah lagi.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhammad Syafiq bin Ahmad. Dikenali sebagai Syafiq Ahmad.

2. Kelahiran Sungai Ara, Pulau Pinang pada 28 Jun 1995. Kini berusia 24 tahun.

3. Berketinggian 1.74 meter.

4. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMK Tatar), sebuah sekolah sukan negeri di Kedah.

5. Seawal umur 12 tahun, beliau mula beraksi mewakili negara di Piala Danone, Perancis pada 2007.

6. Bakatnya semakin terbukti sewaktu menuntut di SMK Tatar di mana dia menjadi antara pemain yang menyertai Piala Manchester United Bawah 14 Tahun di Carrington pada 2010.

7. Saingan Liga KPM-FAM pada tahun 2011-12 meletakkannya sebagai penjaring terbanyak selama dua tahun berturut-turut untuk SMK Tatar.

8. Kerjaya remajanya bermula apabila diserap menyertai pasukan Kedah Bawah 19 tahun (B19).

9. Kemudiannya bermain untuk pasukan senior Kedah sejak 2015, sebelum berhijrah ke Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2018. Juga dipinjamkan ke pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pada tahun sama.

10. Di peringkat kebangsaan, beliau dipanggil menyertai skuad bawah 23 tahun negara (B-23) pada 2015 sebelum bersama skuad senior kebangsaan sejak 2017.

    

Fakta Menarik

  • Mula bermain sukan bola sepak sejak zaman sekolah rendah.
  • Gemar bermain permainan video PlayStation sebagai aktiviti waktu lapang.
  • Ingin menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya sambilan, sekiranya ada pihak yang sudi memberi tawaran. Mengidolakan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan sebagai inspirasi.
  • Mendirikan rumah tangga dengan wanita yang sudah lama dikenalinya iaitu Nor Amalina Norain pada 23 November 2017.

   

Foto

muhammad syafiq ahmad

syafiq ahmad instagram

syafiq ahmad jdt

syafiq ahmad wikipedia

syafiq ahmad kahwin

syafiq ahmad malaysia 273

Kredit foto: Instagram Syafiq Ahmad & Instagram Johor Darul Ta’zim FC

    

Sumber:

1. Wikipedia Syafiq Ahmad

2. Syafiq Ahmad Dedah Impian Mengejutkan

3. Syafiq Tolak Tepi Bulan Madu

4. Malaysia Benam Indonesia 3-2

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)