Oleh pada 15 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @luqmansham_10

     

Luqman Hakim Shamsuddin, bintang bola sepak yang menjadi bualan hangat, selepas menjadi watak penting kemenangan buat skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara, ketika menentang Australia pada Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN B-18 2019.

Beliau meledak dua gol untuk menewaskan pasukan lawan 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Thanh Long, Vietnam, dua hari lalu.

Hari ini, penyokong Malaysia sekali lagi menagih khidmat penyerang licik kebangsaan ini untuk membantu dalam menumpaskan juara lima kali, Thailand pada aksi terakhir Kumpulan B.

Sementara menantikan kancah yang menjanjikan persaingan menarik, kami kongsikan kepada anda butiran biodata pemain kelahiran negeri Serambi Mekah ini.

    

Biodata

1. Pemilik nama Luqman Hakim Shamsudin.

2. Kelahiran Kota Bharu, Kelantan pada 5 Mac 2002.

3. Berusia 17 tahun.

4. Berketinggian 170 sentimeter, manakala berat badannya 59 kilogram.

5. Bakatnya digilap menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

6. Antara pencapaiannya yang membanggakan ialah pernah menjadi tulang belakang dalam kemenangan skuad B-13 NFDP mencipta sejarah sebagai juara Piala Iber Costa del Sol di Sepanyol pada 2015 di mana dia merupakan antara penjaring terbanyak kejohanan. Selain itu, beliau penerima kasut emas Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 16 Tahun (B-16) 2018, selain terpilih sebagai Kesebelasan Terbaik Piala Sanix 2019.

7. Kini menyertai skuad bawah 19 (B-19) tahun negara di posisi penyerang.

    

Fakta Menarik

  • Mengidolakan pemain, Zico dan Shamsudin Mahmmod.
  • Pasukan bola sepak kegemarannya, Manchester United dan Brazil.

      

Foto

luqman hakim shamsudin wikipedia

luqman hakim shamsudin instagram

luqman hakim instagram

luqman hakim shamsudin biodata

latar belakang luqman hakim shamsudin

luqman hakim malaysia

Kredit foto: Instagram @luqmansham_10

     

Video

Kredit video: Youtube Astro Arena

    

Sumber:

1. Football Association Of Malaysia

2. Harian Metro

3. BH Online [1, 2, 3]

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)