Oleh pada 12 Dec 2018 kategori

Biodata

Nama penuh: Mohamad Zaquan Adha bin Abd. Radzak

Nama popular: Zaquan Adha

Tarikh lahir: 3 Ogos 1987

Umur: 31 tahun

Tempat lahir: Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Pekerjaan: Pemain bola sepak

Media sosial: Instagram @zaqone_08

Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.72 meter.

2. Adik kepada pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang juga merupakan kembarnya.

3. Bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil.

4. Mula bermain dengan skuad remaja Malaysia seawal umur 16 tahun.

5. Tersenarai sebagai pemain pasukan Negeri Sembilan untuk kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA) di usia 18 tahun.

6. Momen paling bermakna di ketika itu apabila beliau bersama pasukan remaja Negeri Sembilan merangkul pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.

7. Zaquan melangkah setapak ke hadapan apabila diberi peranan memegang tanggungjawab mewakili pasukan utama Negeri Sembilan pada 2005. Menerusi gandingan mantap beliau bersama penyerang Christian Bekamenga, mereka menjadi tulang belakang yang seterusnya membawa kepada kejuaraan pasukan berkenaan di Liga Super Malaysia musim 2005, juga bergelar naib juara Piala Malaysia pada tahun sama.

8. Menjadi penjaring kedua terbanyak Negeri Sembilan pada musim 2007/08 dengan ledakan 11 gol.

9. Dengan sumbangan 10 gol dalam 11 penampilan di Piala Malaysia 2009, Zaquan membantu Negeri Sembilan menjulang juara pada musim itu, sekaligus mengakhiri kemarau 61 tahun mereka dalam merampas takhta berkenaan.

10. Berbekalkan pengalaman menempa nama bersama Negeri Sembilan, Zaquan meneruskan kerjaya seniornya di tahun-tahun berikut dengan menyarung jersi Pasukan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM FA) pada musim 2012, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2013, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dari 2014 hingga 2016, Perak (The Bos Gaurus) pada 2017 dan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur FA) pada 2018. Terkini, beliau dikhabarkan menjadi sasaran Kedah yang berminat mendapatkan khidmatnya untuk musim hadapan, namun sejauh mana kebenaran dakwaan itu masih belum diketahui.

11. Menyentuh perkembangannya dalam pasukan kebangsaan, Zaquan pernah bermain dalam pasukan bawah 20 tahun Malaysia di Piala Belia Asia 2004, pasukan bawah 20 tahun di Piala Belia ASEAN 2005 yang berlangsung di Palembang, Indonesia dan pasukan bawah 23 tahun di Pestabola Merdeka 2007.

12. Tidak hanya itu, beliau mewakili Malaysia di Sukan SEA Korat Thailand 2007, Piala Antara Benua 2008 di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, serta pelbagai lagi perlawanan penting dalam tahun-tahun berikutnya, sehingga kini.

13. Kemunculan sulung beliau dalam skuad utama kebangsaan adalah di perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010, ketika Malaysia menentang Bahrain. Gol pertamanya untuk pasukan utama negara ialah ketika bertemu dengan Pakistan dalam perlawanan pada 10 Oktober 2008.

14. Sehingga kini, Zaquan terus melakar nama dengan prestasi cemerlang sebagai antara penyerang sensasi terbaik skuad kebangsaan. Ketajaman dan ketangkasannya ketika menyerang cukup digeruni pihak lawan.

Foto

biodata dan latar belakang zaquan adha pemain bola sepak malaysia 2

biodata dan latar belakang zaquan adha pemain bola sepak malaysia 3

biodata dan latar belakang zaquan adha pemain bola sepak malaysia 4

biodata dan latar belakang zaquan adha pemain bola sepak malaysia 5

biodata dan latar belakang zaquan adha pemain bola sepak malaysia 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Instagram Zaquan Adha




Hakcipta iluminasi.com (2017)