Oleh pada 11 Dec 2018 kategori

Biodata

Nama penuh: Muhammad Akhyar bin Abdul Rashid

Nama popular: Akhyar Rashid

Tarikh lahir: 1 Mei 1999

Umur: 19 tahun

Tempat lahir: Alor Setar, Kedah, Malaysia

Pekerjaan: Pemain bola sepak

Media sosial: Instagram @akhyarrashid 

Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.69 meter.

2. Adik kepada Rafdi Rashid, bekas pemain pasukan Kedah dan Perak yang juga pernah bermain di peringkat kebangsaan.

3. Akhyar meminati dan bermain sukan bola sepak sejak daripada kecil lagi.

4. Menyertai skuad Piala Belia Kedah pada tahun 2014 hingga 2015. Seterusnya diserap dalam skuad Piala Presiden Kedah pada 2016, diikuti skuad utama Kedah untuk 2017 hingga kini (2018).

5. Juga berada dalam senarai skuad kebangsaan Bawah 17 pada 2015, Bawah 19 pada 2017 dan skuad B-23 (2018) pada Kejohanan AFC yang berlangsung di China pada Januari 2018, Sukan Asia di Jakarta (Ogos), Kejohanan AFF B-19 di Indonesia (Julai), Kejohanan AFC B-19 di Indonesia (Oktober) termasuk beberapa perlawanan bersama skuad senior pada tahun sama.

6. Mendapat jolokan nama 'Neymar Kedah'.

7. Menerusi laporan Fox Sport Asia, beliau disenaraikan antara lima pemain muda yang dilihat berpotensi untuk mengambil bahagian dalam liga utama Jepun (J.League). Nama lain yang tersenarai ialah Tristan Do dari kelab Muangthong, Thailand; Chrerng Polroth (NDM, Kemboja); Rufino (AS Academica, Timor Leste) dan Nguyen Cong Phuong (HAGL, Vietnam).

8. Terkini, dakwaan bertiup kencang mengatakan ada dua buah kelab Liga Super dan satu kelab Liga 1 Thailand menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat beliau dalam persaingan musim hadapan. Bagaimanapun konflik tercetus apabila kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih berbaki setahun. 

Foto

biodata dan latar belakang akhyar rashid pemain bola sepak malaysia 2

biodata dan latar belakang akhyar rashid pemain bola sepak malaysia 3

biodata dan latar belakang akhyar rashid pemain bola sepak malaysia 4

biodata dan latar belakang akhyar rashid pemain bola sepak malaysia 5

biodata dan latar belakang akhyar rashid pemain bola sepak malaysia 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online [1, 2, 3, 4]

3. Instagram Akhyar Rashid




Hakcipta iluminasi.com (2017)