Kredit foto: Instagram Drama Band

    

Drama Band merupakan sebuah kumpulan muzik Malaysia yang terdiri daripada penyanyi utama, Aepul Roza dan empat lagi pemuzik iringan.

Kumpulan ini mencapai populariti menerusi deretan lagu-lagu hits seperti Cerita Dia, Drama, Babak Pertama, Satu Satu dan banyak lagi.

    

Biodata

  • Mula bertapak dalam bidang hiburan sejak tahun 2010.
  • Bernaung di bawah label syarikat rakaman MVM Production.
  • Dianggotai lima orang ahli iaitu Aepul Roza selaku vokalis, Daus (pemain gitar bes), Adib (gitaris), Faeez (pemain dram) dan Omey (pemain keyboard). Selain itu, seorang lagu ahli iaitu Ammar juga pernah menyertai kumpulan ini dengan memegang peranan sebagai pemain gitar.
  • Rangkaian lagu dipopularkan mereka termasuk Babak Pertama yang diterbitkan pada tahun 2011, Cerita Dia (2012), Jiwa (2014), Biarkanlah (2015), Mencinta Kamu (2016), Drama (2019), Satu Satu - feat AG Coco (2019) dan Kayangan (2020).
  • Laman sosial Instagram mereka yang didaftarkan atas nama akaun @dramabandmy sehingga kini diikuti lebih 33,000 peminat.

    

Fakta Menarik

  • Lagu Drama menjadi antara 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang berlangsung pada 2020.
  • 'Drama' mendapat sambutan positif pengguna laman YouTube menerusi jumlah tontonan yang sehingga kini sudahpun mencecah lebih 11 juta.
  • Mereka terkenal dengan lagu yang berkonsepkan sindiran yang disampaikan menerusi lirik dan jalan cerita dalam video muzik.

     

Foto

drama band

wikipedia drama band

instagram drama band

lagu drama band

aepul roza

epul drama band

profil drama band

aepul drama band

drama band ajl

Kredit foto: Instagram Drama Band 

     

Video

Kredit video: Drama Band - DRAMA (Official Music Video)

     

Kredit video: Drama - Drama Band | #SFMM34

    

Sumber:

1. Video Drama 'trending' di YouTube

2. Wikipedia Drama Band

3. SENARAI PENUH FINALIS AJL 34: Anta Permana Antara 12 Lagu Yang Layak

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)