Oleh pada 14 Jan 2019 kategori

Biodata

1. Pemilik nama penuh Wan Kuzain bin Wan Kamal.

2. Lahir pada 14 September 1998.

3. Berusia 21 tahun (2019).

4. Anak kedua daripada tiga beradik.

5. Berketinggian 1.78 meter.

6. Dilahirkan dan membesar di Carnondale, Illinois, Amerika Syarikat.

7. Malaysia merupakan negara kelahiran ibu bapanya.

8. Kedua orang tuanya berkomunikasi dalam bahasa Melayu semasa di rumah.

9. Mengakui dirinya faham bahasa melayu, namun lebih lancar bertutur dalam bahasa Inggeris kerana pendedahannya lebih kepada penggunaan bahasa antarabangsa itu sewaktu kecil. Beliau bagaimanapun nekad untuk menguasai bahasa ibunda di masa akan datang.

10. Mula didedahkan dengan bola sepak sejak berumur empat tahun lagi di mana beliau bersama abangnya terpengaruh dengan minat bapanya. Segalanya bermula dengan semangat ingin mencuba di samping menganggap sukan itu sebagai medium untuk bergaul dengan orang ramai. Beliau juga merasakan dirinya akan lebih disayangi sebagai kanak-kanak jika aktif dalam sukan berkenaan.

11. Bertanding di gelanggang Major League Soccer (MLS) membuatkannya teruja kerana berpeluang bertentang mata dengan Wayne Rooney, Didier Drogba dan Zlatan Ibrahimovic.

12. Mengidolakan pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil.

13. Mula popular di usia 15 tahun iaitu pada tahun 2014 apabila videonya menggayakan skil gelecekan menarik menjadi tular. Sewaktu itu, beliau bermain di bawah Akademi Bola Sepak St Louis Scott Gallagher (SLSG).

14. Merupakan produk akademi Sporting KC bermula sebagai pemain remaja pada tahun 2016.

15. Kemudiannya di tahun sama, beliau bersama dengan akademi Swope Park Rangers menerusi kontrak pemain akademi, seterusnya mengikat kontrak sebagai pemain United Soccer League (USL) dengan pasukan sama.

16. Mendapat kontrak homegrown bersama Sporting KC pada April 2018 yang seterusnya membawa kepada penampilan sulungnya dalam pasukan utama Sporting KC.

17. Menjadi pemain berdarah Malaysia pertama yang menjaringkan gol dalam kejohanan MLS sewaktu perlawanan menentang Minnesota United 4-1 pada Jun 2018.

Foto

biodata dan latar belakang pemain bola sepak wan kuzain 2

biodata dan latar belakang pemain bola sepak wan kuzain 3

biodata dan latar belakang pemain bola sepak wan kuzain 4

biodata dan latar belakang pemain bola sepak wan kuzain 5

biodata dan latar belakang pemain bola sepak wan kuzain 6

biodata dan latar belakang pemain bola sepak wan kuzain 7

Video 

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Instagram Wan Kuzain




Hakcipta iluminasi.com (2017)