Oleh pada 23 Dec 2018 kategori

Biodata

Nama penuh: Mohd Farizal Marlias

Nama popular: Farizal Marlias

Tarikh lahir: 29 Jun 1986

Umur: 32 tahun

Tempat lahir: Jengka, Pahang, Malaysia

Pekerjaan: Pemain bola sepak (penjaga gol)

Media sosial: Instagram @farizal_marlias

Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.78 meter.

2. Pada awal tahun 2012, beliau menjadikan remaja 15 tahun bernama Mohd Ridzuan Farizal sebagai anak angkatnya.

3. Asalnya, Farizal bermain dengan kelab Shahzan Muda FC, berada dalam gelanggang Liga Perdana Malaysia selama dua musim (2006-2008).

4. Kemudian beliau menyarung jersi nombor satu untuk dua musim baharu bersama Perlis FA dari 2008 hingga 2010.

5. Kerjayanya semakin berkembang selepas kehadiran dalam kelab Negeri Sembilan FA pada 2011 membawa kepada kemenangan pasukan itu sebagai juara Piala Malaysia 2011 meskipun asalnya hanya terpilih sebagai penjaga gol pilihan kedua selepas Mohd Farizal Harun, sebelum beransur-ansur menjadi penjaga gol pertama sejurus pulih daripada kecederaan.

6. Karier Farizal berkesinambungan dengan menyertai Perak FA pada hujung tahun 2012, sebelum bersama Selangor pada 2013.

7. Farizal seterusnya mengawal gawang Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim 2015 sehingga kini (2018).

8. Menerusi pencapaian bersama skuad pasukan kebangsaan pula, beliau menjadi penjaga gol pilihan ketiga untuk Piala Suzuki AFF 2008 selepas Badrulzaman Abdul Halim mengalami kecederaan dan digugurkan.

9. Akhirnya Farizal mendapat peluang untuk beraksi buat kali pertama dalam penampilan senior di pertemuan pasukan negara menentang Zimbabwe meskipun perlawanan itu bukanlah 'game' rasmi. Penampilan sulung penuh beliau ketika Malaysia bertemu Kenya.

10. Beliau turut terlibat dalam perlawanan persahabatan negara menentang Manchester United di mana nasib agak malang apabila beliau tidak dapat menyelamatkan gawang daripada dibolosi tiga gol untuk perlawanan pertama, juga gagal menepis dua gol dalam perlawanan kedua.

11. Pada Piala Suzuki AFF 2010, Farizal dipanggil jurulatih Malaysia K. Rajagopal sebelum terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan semasa perlawanan liga dengan Perlis. Posisinya digantikan Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

12. Mendapat peluang kembali beraksi di peringkat antarabangsa sebagai pemain gantian ketika menentang Hong Kong pada Februari 2011.

13. Pada Julai tahun sama, beliau bermain untuk Pilihan Malaysia ketika menentang Chelsea. Farizal berjaya menafikan sebarang jaringan daripada pihak lawan sebelum tempatnya digantikan penjaga gol Harimau Muda, A Mohd Izham Tarmizi di minit ke-75.

14. Pada Jun 2017, beliau telah digantung selama lapan bulan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana mengasari pengadil sewaktu aksi Piala AFC pada 31 Mei tahun sama.

Foto

biodata dan latar belakang penjaga gol farizal marlias 2

biodata dan latar belakang penjaga gol farizal marlias 3

biodata dan latar belakang penjaga gol farizal marlias 4

biodata dan latar belakang penjaga gol farizal marlias 5

biodata dan latar belakang penjaga gol farizal marlias 6

           

Kredit:

1. Wikpedia [1, 2]

2. BH Online

3. Astro Awani

4. Instagram Farizal Marlias




Hakcipta iluminasi.com (2017)