Biodata

Nama penuh: Muhammad Hafiz bin Yaziz

Nama pentas: Ippo Hafiz

Tarikh lahir: 9 Oktober 1989

Umur: 30 tahun

Kelahiran: Kuantan, Pahang, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi dan komposer

Media sosial: Instagram @ippohafiz

Fakta Menarik

1. Anak bongsu daripada tiga adik-beradik.

2. Terkenal membawakan lagu-lagu bergenre Pop dan R&B.

3. Pembabitan dalam dunia seni bermula selepas bertanding dalam rancangan realiti seperti Rentak Irama Jalanan di TVi dan Pertandingan Juara Muzik Pahang FM yang meletakkannya di kedudukan juara.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

5. Popular sejak lagu 'Rahsia' dan 'Hujan Sepi' nyanyiannya dipilih menjadi lagu tema drama Teman Lelaki Upahan pada tahun 2015, tayangan TV3.

6. Mendapat jolokan nama 'Mr. OST' kerana kebanyakan lagunya sering menjadi pilihan sebagai runut bunyi drama televisyen tempatan.

7. Antara lagu popularnya yang lain seperti Bicara Malam, Kasih Dalam Hati, Irama Kita, Kekal Bahagia, Yang Terindah, Ku Takkan Mampu, Ku Ingin Kamu, Cool Love, Dia Untukku, Rahsia Tuhan dan banyak lagi.

8. Pernah muncul sebagai pelakon dalam sitkom Bas Stop siaran Astro Warna pada 2017.

9. Lagu Kekal Bahagia dipopularkannya berjaya menempatkan diri ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 2016, meskipun gagal ke Anugerah Juara Lagu.

10. Tampil dengan album sulung pada 2016 iaitu selepas tujuh tahun bergelar penyanyi. Album yang menggunakan namanya sendiri itu sebagai judul serta memuatkan 11 buah lagu, mendapat tajaan sepenuhnya daripada syarikat telekomunikasi redOne Network Sdn Bhd (redOne) yang juga penaja pembikinan video muzik 'Rahsia'.

11. Pada Februari 2018, beliau mendedahkan telah mengambil anak angkat perempuan bernama Cinta Rizky Amanda sejak kanak-kanak itu dilahirkan iaitu hampir dua tahun sebelumnya.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi ippo hafiz 1

biodata dan latar belakang penyanyi ippo hafiz 2

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Harian Metro

4. Mstar

5. Instagram Ippo Hafiz




Hakcipta iluminasi.com (2017)