biodata fatimah noryyah

Kredit foto: Instagram Fatimah Noryyah

        

Fatimah Noryyah Mohd Noor Kosygin atau nama popularnya, Fatimah Noryyah, merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang diperkenalkan kepada dunia hiburan menerusi program realiti, Ceria Megastar Ministar iaitu sebuah pertandingan nyanyian kanak-kanak terbitan Astro Ceria pada tahun 2019.

Beliau yang menggunakan nama pentas 'Timah' bagaimanapun hanya bertahan sehingga peringkat separuh akhir iaitu konsert yang kesembilan.

Kini, dirinya meniti populariti dalam drama rantaian Tolong Sempurnakan Cerita Mami lakonan bersama Isyariana Che Azmi, Fizz Fairuz dan Alvin Chong yang diinspirasikan daripada novel dengan judul sama.

      

Biodata Fatimah Noryyah

1. Nama sebenarnya, Fatimah Noryyah binti Mohd Noor Kosygin. Menggunakan nama komersial, Fatimah Noryyah atau Timah.

2. Berumur 13 tahun (2020).

3. Merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2019.

4. Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti nyanyian kanak-kanak, Ceria Megastar Ministar yang bersiaran di saluran Astro Ceria pada 2019.

5. Juga terbabit dalam lapangan seni lakonan menerusi kemunculan dalam drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami dan telefilem Ceria Megastar Ministar: Zap-In.

    

Fakta Menarik

  • Memperjuangkan genre muzik Pop dan Mando-pop.
  • Bernaung di bawah syarikat rakaman Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).
  • Berkebolehan bertutur dalam bahasa mandarin hasil tunjuk ajar ibunya yang juga guru dalam bahasa tersebut.
  • Pernah menyertai pertandingan nyanyian di China.

    

Foto

fatimah noryyah

tolong sempurnakan cerita mami sinopsis 198

isyariana 263

drama tolong sempurnakan cerita mami 848

fatimah noryyah instagram

fatimah noryyah wikipedia

fatimah noryyah biography

fatimah noryyah biodata

Kredit foto: Instagram Fatimah Noryyah

    

Video

Kredit video: Persembahan Timah lain dari yang lain | A Moment Like This | Johan, Nabil, Pak Nil, Mas Idayu

    

Sumber:

1. Wikipedia Fatimah_Noryyah

2. Pandai Menyanyi Dalam Bahasa Mandarin. Si Cilik Fatimah Berada Di Pentas Negara China

3. Persembahan Timah lain dari yang lain | A Moment Like This | Johan, Nabil, Pak Nil, Mas Idayu

     



Hakcipta iluminasi.com (2017)