Kredit foto: Instagram Eleena Sui

    

Noor Eleena binti Hamzah atau nama popularnya, Eleena Sui merupakan seorang pelakon, model dan pengacara Malaysia.

Sejak membuat kemunculan dalam drama rantaian fenomena, Suri Hati Mr. Pilot, kelibatnya mula mendapat perhatian peminat seni hiburan.

    

Biodata Eleena Sui

1. Nama sebenarnya, Noor Eleena binti Hamzah. Menggunakan nama komersial, Eleena Sui.

2. Berumur 28 tahun (2020).

3. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

4. Berdarah campuran Melayu dan Cina. Ibunya berketurunan cina, manakala bapanya pula berbangsa melayu.

5. Merupakan pengacara, model dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

6. Namanya mula meledak selepas membintangi drama Suri Hati Mr. Pilot yang diterajui Fattah Amin dan Neelofa.

7. Turut dikenali sebagai hos program infotainment Hlive.

8. Antara drama dibintanginya termasuk Suri Hati Mr. Pilot, Sayang Papa Saya Tak, My Coffee Prince, Suri Katriana dan Tolong Sempurnakan Cerita Mami.

9. Mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Faisya Mohd Bustamam yang juga merupakan seorang peguam pada 4 Februari 2017 hasil perkenalan menerusi laman sosial Instagram sejak Mei 2014. Mereka terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada April 2015.

     

Fakta Menarik

  • Berfizikal tinggi lampai.
  • Bermula dalam bidang peragaan sebelum terjun ke lapangan seni lakonan.
  • Nama 'Sui' diambil daripada nama keluarga sebelah ibunya.
  • Akaun Instagramnya atas nama @eleena.sui sehingga kini sudah mencatatkan lebih 193,000 pengikut.

     

Foto

eleena sui

eleena sui cina

tolong sempurnakan cerita mami drama 329

suami eleena sui

sinopsis tolong sempurnakan cerita mami

eleena sui ig

eleena sui kahwin

Kredit foto: Instagram Eleena Sui

    

Video

Kredit video: [RECAP] KERJAKAN DIA - Buruh Binaan w/ Eleena Sui

    

Sumber:

1. Wikipedia Eleena Sui

2. Belum rasa berdebar

3. Cinta Instagram

4. Eleena Sui Korban Kerjaya Demi Suami

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)