Kredit foto: Instagram Ejen Ali

Siapa Ejen Ali? Ejen Ali ialah watak perisik popular berusia 12 tahun yang secara tidak sengaja menjadi ejen tetap dalam agensi rahsia MATA.

   

Latar Belakang

Semuanya bermula apabila Ali secara tidak sengaja menerima pakej yang mengandungi IRIS (Infinity Retinal Intelligence System), iaitu alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia.

IRIS telah dicuri daripada pusat latihan MATA (Meta Advance Tactical Agency) oleh Dos, agen jahat yang juga musuh MATA, tetapi ia terlepas ke tangan Ali.

Oleh kerana sistem IRIS telah diaktifkan oleh Ali ketika cuba melindungi dirinya daripada musuh MATA, maka hanya Ali yang boleh menggunakan alat tersebut kerana DNA Ali telah diselaraskan dengan penciptaan MATA yang hebat itu.

Ali dilatih menjadi ejen sebenar sebagai ejen tetap MATA dalam tugas menyelamatkan Bandar Cyberaya yang terdedah kepada ancaman bahaya. Lama kelamaan, dia mula menyedari potensi besarnya.

    

Daripada seorang pelajar sekolah rendah yang kurang cemerlang, selalu tidur di dalam kelas dan datang lewat ke sekolah, rakan karib Viktor yang sering mempunyai personaliti gelabah ini terjerumus ke dalam dunia pengintipan secara tidak sengaja, sebagai ahli perisikan dalam organisasi rahsia.

Bermula dari zero, dengan semangat keberanian membantu orang yang kesusahan, Ali menjadi hero. Tetapi dia perlu melalui pelbagai cabaran, bukan hanya mengambil masa sehari untuk menemui potensinya.

    

Biodata

Nama sebenar: Ali bin Ghazali

Nama popular: Ejen Ali

Umur: 12 tahun

Tarikh lahir: 8 April

Jantina: Lelaki

Bangsa: Melayu

Ketinggian: 130 sentimeter (cm)

Status: Pelajar

Warna rambut: Hitam

Warna mata: Perang

Gajet: Yoyo, Aero Boots, Sut Magnetik & Gasing

Teras: Tekno

Afiliasi: SRT Cyberaya M.A.T.A

Kemunculan pertama: Misi: Iris

Kemahiran: Bermain yoyo sebagai senjata dan membuat aksi, cekap mengawal skuter yang diubahsuai yang mempunyai booster, serta mampu mencipta alatan canggih

Instagram (IG): @ejen_ali  

Pelakon suara: Ida Rahayu Yusoff

Ejen Ali Musim 3

Musim ketiga kisah perisik terkenal, Ejen Ali menjadi harta intelek animasi Malaysia pertama yang bekerjasama dengan platform penstriman antarabangsa, Disney+ Hotstar.

13 episod siri baharu yang mengikuti misi Ejen Ali dan ejen baharu itu ditayangkan secara eksklusif di platform berkenaan setiap hari Sabtu mulai 25 Jun 2022.

Terdahulu, sejak tayangan pertama siri animasi Malaysia terbitan Primeworks Studios dan WAU Animation di TV3 pada 8 April 2016 telah menarik perhatian beberapa stesen media antarabangsa dan telah meluaskan siaran di lebih 50 negara.

Filem Ejen Ali The Movie, yang dikeluarkan pada 2019, adalah filem animasi terlaris Malaysia dengan kutipan pecah panggung RM30 juta di pawagam dan platform on demand di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

      

Gambar

ejen ali

ejen ali episode

ejen ali musim 3 episode

ejen ali movie

ejen ali season 3

kim ejen ali

ejen kim

ejen ali the movie

ejen ali musim 3

Nama ejen lain yang terlibat dalam animasi ini seperti Ejen Sam, Ejen Kim, Ejen Alicia, Ejen Iman, Ejen Mika, Ejen Jet, Ejen Roza, Ejen Rizka, Ejen Moon, Ejen Khai, Ejen Kris, Ejen Zass, Ejen Rudy, Ejen Bulat, Ejen Aleks.

Kredit foto: Instagram Ejen Ali

Video

Kredit video: Ejen Ali Musim 3 - Episode 2 | Misi: Boleh FULL DOWNLOAD

Sumber:

1. Instagram Ejen Ali

2. Facebook Ejen Ali




Hakcipta iluminasi.com (2017)