Oleh pada 10 Dec 2018 kategori

Biodata

Nama penuh: Muhammad Safawi bin Rasid

Nama popular: Safawi Rashid

Tarikh lahir: 5 Mac 1997

Umur: 21 tahun

Tempat lahir: Dungun, Terengganu

Pekerjaan: Pemain bola sepak

Media sosial: Instagram @safawirasid29

Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.73 meter.

2. Anak kesembilan daripada 13 adik-beradik.

3. Pernah bekerja sebagai tukang rumah.

4. Mempunyai karakter pendiam dan pemalu, namun dalam masa yang sama suka berkawan.

5. Bekas pemain sepak takraw wakil negeri dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) sejak sekolah rendah.

6. Meninggalkan sukan takraw sewaktu tingkatan tiga apabila mendapat peluang menjadi wakil skuad bola sepak Terengganu di kejohanan MSSM.

7. Mula melibatkan diri dalam sukan bola sepak secara serius sejak berumur 17 tahun. Beliau menanamkan niat menceburi bidang itu untuk mencari rezeki bagi membantu ekonomi keluarga.

8. Bergelar pemain bola sepak untuk kelab T-Team FC pada 2015 hingga 2016, diikuti Johor Darul Ta’zim (JDT) dari 2017 hingga kini (2018).

9. Manakala untuk kemunculan di peringkat antarabangsa, beliau menyertai skuad kebangsaan Malaysia untuk bawah 19 tahun (B-19) pada 2015, diikuti skuad bawah 23 tahun (B-23) pada 2016 dan skuad Harimau Malaya sejak tahun 2016.

10. Cukup digeruni kerana mempunyai kepantasan serta kelincahan mendominasi bahagian serangan.

11. Merangkul trofi Pemain Paling Bernilai (MVP), Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda Harapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018.

12. Tersenarai dalam 20 pemain bintang Asia Tenggara pilihan FourFourTwo untuk masa akan datang. Antara lain, nama yang disenaraikan termasuk pemain dari Thailand, Indonesia, Australia dan negara-negara Asia lain.

13. Pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti wanita popular seperti pelakon Sweet Qismina, penyanyi Wani Kayrie, pengacara Anim Ezati Zikri dan pelakon Ruhainies.

    

Baca: Mewah! Inilah Kereta Milik Pemain JDT Safawi Rasid

Baca: Biodata Alfi Rasid, Pemain Bola Sepak Adik Safawi Rasid

    

Foto

biodata safawi rashid pemain bola sepak popular 2

biodata safawi rashid pemain bola sepak popular 3

biodata safawi rashid pemain bola sepak popular 4

biodata safawi rashid pemain bola sepak popular 5

biodata safawi rashid pemain bola sepak popular 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Astro Gempak

3. Nona

4. Mstar

5. Instagram Safawi Rashid

6. Instagram Johor Darul Ta'zim FC




Hakcipta iluminasi.com (2017)