Oleh pada 26 May 2020 kategori

safawi rasid

Kredit foto: Instagram Safawi Rasid

   

Pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid berkongsi sekeping foto di laman Instagram bersempena dengan perayaan Aidilfitri 2020 yang diraikan.

Apa yang menarik perhatian warganet apabila penyerang kebangsaan ini turut menayangkan 'jentera' terbaharunya berupa sebuah kereta berjenama Porsche.

   

Baca: Biodata Safawi Rasid, Pemain Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT)

Baca: Biodata Alfi Rasid, Pemain Bola Sepak Adik Safawi Rasid

   

kereta safawi rasid

Kredit foto: Instagram Safawi Rasid

   

Safawi yang kelihatan segak bergaya dengan berbaju kurta, menyandarkan tubuhnya di kereta berwarna merah berkenaan yang mana perkongsian foto itu diiringi dengan kapsyen berbunyi, "Selamat hari raya maaf zahir batin, #kitajagakita #semogaistiqomah".

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan turut membuat tekaan mengenai harga kereta mewah terbabit.

Menurut Berita Harian, model kereta yang tidak kelihatan begitu jelas itu dipercayai adalah Porsche Cayman 987.

Tinjauan di Internet pula mendapati harga baharu model berkenaan sewaktu memasuki pasaran Malaysia pada 2009 adalah sekitar RM515,000 sehingga RM612,000, namun ketika ini harganya sudahpun menjunam dalam sekitar RM103,000 sehingga RM320,000.

    

safawi rasid ig

Kredit foto: Instagram Safawi Rasid

   

Info Ringkas Safawi Rasid

Nama penuh: Muhammad Safawi bin Rasid

Umur: 23 tahun (2020)

Kelahiran: Dungun, Terengganu

Instagram: @safawirasid29 (800,000 pengikut)

    

Untuk info lanjut, baca artikel: Biodata Penuh Safawi Rasid, Pemain Bola Sepak JDT

    

Sumber berita: Sambut Raya Dengan Kereta Baru, Harga Porsche Safawi Rasid Ini Mencecah...

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)