Kredit foto: Instagram Datin Seri Heliza Helmi & Instagram Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman (Mahadi BZ)

  

Siapa tidak kenal dengan selebriti yang juga aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi.

  

Beliau adalah inspirasi dan ikon kebajikan rentetan semangat jihadnya yang kuat dalam memperjuangkan nasib insan malang di seluruh dunia.

  

Penglibatannya dengan misi kemanusiaan sememangnya tidak lagi asing di pengetahuan ramai.

    

Kenali penyanyi berumur 36 tahun ini dengan lebih dekat menerusi 10 fakta biodata yang memperincikan butiran peribadinya.

  

heliza

  

10 Fakta Biodata Penyanyi Heliza Helmi, Isteri Dato Sri Mahadi Badrul Zaman

1. Heliza merupakan anak kedua dalam keluarga. Beliau mempunyai empat orang adik beradik yang mana tiga daripadanya adalah perempuan dan satu (adik) lelaki.

  

2. Berasal dari Terengganu, beliau juga pernah menetap di Taiping, Perak dan Tawau, Sabah, sebelum meneruskan pengajian di Kota Kinabalu dan mengejar karier di Kuala Lumpur.

  

heliza helmi dulu

   

3. Sewaktu zaman persekolahan, beliau aktif dalam sukan bola jaring dan taekwondo.

  

heliza helmi kahwin

   

4. Memulakan langkah dalam dunia hiburan selepas penyertaan dalam rancangan realiti nyanyian, Akademi Fantasia (AF) musim 5 yang turut menggilap bakat penyanyi Aizat Amdan, Dafi, Mila Jirin dan Nonny Nadirah (Noni).

  

heliza helmi ig

  

5. Bermula sebagai penyanyi, beliau perlahan-lahan mengembangkan sayap kerjaya sebagai pelakon, pengacara, aktivis kemanusiaan dan ahli perniagaan.

   

adik heliza helmi

  

6. Adiknya, Hazwani Helmi pemilik nama sebenar Nur Hazwani Afiqah Helmi juga sinonim dengan kerja-kerja amal, selain berkhidmat sebagai penyanyi, penulis lagu, hos TV dan model.

  

heliza helmi dan suami

  

7. Bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dalam perkahwinan yang didirikan pada 1 Januari 2022. Suaminya adalah pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium, sebuah syarikat perkhidmatan pelaburan kewangan.

  

umur heliza helmi

 

8. Menggemari warna hitam.. tidak hairan Heliza kelihatan sering menggayakan warna itu dalam imej pemakaiannya.

  

9. Beliau yang mengalami rabun jauh, terpaksa selang seli memakai kanta lekap dan cermin mata bagi membantu dalam kejelasan penglihatan.

   

hazwani helmi

  

10. Kerana mempunyai kulit yang mudah sensitif, beliau tidak berminat mengenakan produk penjagaan kulit dan kosmetik tertentu kerana boleh mengakibatkan kulitnya membengkak dan menjadi rengsa.

  

Untuk biodata asas Heliza, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Heliza Helmi

  

Gambar Heliza Helmi Dan Suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman

suami heliza

mahadi bz

suami heliza helmi

Kredit foto: Instagram Datin Seri Heliza Helmi & Instagram Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman (Mahadi BZ)

  

Video

Kredit video: Bina Bahagia Dalam Rumahtangga (Heliza Helmi & Ifa Raziah) | Wanita Hari Ini (7 Januari 2022)

  

Sumber:

1. Trek Selebriti 2007 Bersama Heliza Helmi

2. 'Kami pun terkejut' - Heliza Helmi

3. Heliza Makan Buah Sebelum Nasi

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)