Biodata

1. Penyanyi kelahiran Singapura.

2. Pemilik nama penuh Muhammad Namawi Ewan bin Gunawan Rafael. Popular sebagai Awi Rafael.

3. Lahir pada 23 Julai 1986. Kini berusia 33 tahun.

4. Anak bongsu daripada tiga beradik.

5. Bekas penuntut di Sekolah Rendah Dazhong dan Sekolah Menengah Kranji.

6. Menyambung semula pelajarannya dalam jurusan Undang-Undang Dan Pengurusan di Politeknik Temasek.

7. Berkongsi bakat di arena muzik sejak tahun 2011.

8. Mencipta kerjaya dalam bidang seni sebagai penyanyi dan komposer.

9. Artis naungan Warner Music Malaysia.

10. Memilih genre muzik pop dan balada.

11. Bekas vokalis utama kugiran Bhumiband daripada Singapura yang pernah membolot trofi Album Terbaik (Suara Dunia) dan Lagu Terbaik Singapura (Oh Kasih) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2005.

12. Sudah melancarkan dua buah album studio berjudul Awi Rafael (2011) dan Asalkan Aku Ok! (2012).

13. Rangkaian lagu-lagu hitsnya ialah Apa Itu Cinta (Bhumiband) (2005), Pulanglah (2011), Bila Aku Jatuh Cinta (2011), Asalkan Aku Ok (2012), Hari-Hariku (2013), Dewa (OST Bisikan Syaitan) (2013), Kalau Aku Kaya (duet bersama Altimet) (2013), Jangan Takut (PrayForMH370) (2014), Haus (OST Apokalips X) (2014), Takdir Cinta (OST Kusinero Cinta) (2014), Manusia Sempurna (duet bersama Ayai (Illusi)) (2015), Kau Di Hatiku (duet bersama Altimet) (2017) dan Rahasiaku (2019).

14. Menjulang trofi tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-28 menerusi lagu Kalau Aku Kaya, gandingan bersama Altimet.

15. Menang kategori Lagu Terbaik Singapura di Anugerah Planet Muzik 2012 menerusi karya lagu Pulanglah.

16. Muncul sebagai naib juara pertandingan realiti, Duo Star, bersama penyanyi Kaka Azraff.

17. Juga terbabit dalam pembikinan album Datuk Siti Nurhaliza berjudul Fragmen, sebagai pencipta lagu "Mula dan Akhir".

18. Mengikat tali pertunangan dengan pelakon Atikah Suhaime pada 17 Mac 2018, bagaimanapun mereka membatalkan majlis perkahwinan pada saat-saat akhir yang sepatutnya berlangsung pada 17 Mac 2019.

Foto

biodata dan latar belakang awi rafael 2

biodata dan latar belakang awi rafael 3

biodata dan latar belakang awi rafael 4

biodata dan latar belakang awi rafael 5

biodata dan latar belakang awi rafael 6

Kredit foto: Instagram Awi Rafael

Video

Kredit video: Youtube Warner Music Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)