Kredit foto: Instagram Aiman Tino

    

Siapa Aiman Tino? Pemilik nama sebenar Mohammad Aiman bin Yusri ini merupakan seorang penyanyi dan pelakon remaja lelaki Malaysia.

Beliau mula mencipta nama menerusi single pertama berjudul Ku Rela Dibenci hasil ciptaan sepenuhnya oleh ibu bapanya sendiri, Yusri Ishak dan Hazelina Mat Jalil.

     

10 Fakta Penyanyi Aiman Tino Yang Ramai Tak Tahu!

aiman tino 487

    

1. Penyanyi kecil molek berumur 25 tahun (2023) ini mempunyai tubuh setinggi 160 sentimeter (cm).

    

gambar aiman tino

    

2. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

     

umur aiman tino

Aiman bersama ibunya

    

3. Deretan lagu yang telah dirakam olehnya sepanjang penglibatan dalam dunia muzik termasuklah Ku Rela Dibenci, Permata Cinta, Ku Hanya Sayang Padamu, Lara Dalam Kerinduan, Terasa Cinta (menampilkan Fara Hezel), Ku Sesat Dalam Rindu, Terlerai Sebuah Janji, Benci, Dendam Simpati, Sendiri, Tanpa Simpati dan Irama Kita.

    

fara hezel

Bersama kakaknya, Fara Hezel

    

4. Antara drama yang melibatkan beliau sebagai barisan pelakon adalah Mak Cun Musim 4, Cerita Hantu Asrama, Kampung Kolestrol dan Anak Beranak Abe Yie, juga telefilem Penunggu Simpang, Mak Cik Acapella, Validasi, Mak Cun 'Anjung Orang Kita' dan Irama Kita.

      

tinggi aiman tino

     

5. Sebelum terkenal sebagai artis, beliau terlebih dulu melakukan pekerjaan sebagai penjual char kuetiau di sebuah restoran di Kuala Kubu Bharu, milik keluarganya.

     

aiman tino kahwin 512

Ibu bapa Aiman Tino

    

6. Bakat nyanyian Aiman diwarisi dari bapanya yang pernah mengambil bahagian dalam rancangan Bintang HMI 1992 sebagai finalis. Cita-citanya sebagai penyanyi kini diteruskan oleh Aiman.

     

isteri aiman tino 348

     

7. Selain Aiman, rata-rata adik-beradiknya juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik. Fara Hezel, kakak Aiman turut menceburi dunia muzik dan menjadi penyanyi seperti Aiman.

      

kakak aiman tino

      

8. Aiman pernah mencipta fenomena apabila namanya dimuatkan dalam Malaysia Book Of Records melalui video muzik single sulungnya, Ku Rela Dibenci. Video tersebut meraih jumlah tontonan tertinggi di laman Youtube ketika itu, iaitu sebanyak 41.3 juta tontonan.

     

lagu aiman tino

     

9. Terdapat persepsi yang mengaitkan Aiman dengan penyanyi Herman Tino atas nama yang hampir serupa, tetapi sebenarnya mereka tidak mempunyai hubungan keluarga. Nama 'Aiman Tino' hanyalah panggilan yang diberikan oleh ibunya sejak kecil, yang merupakan peminat Herman Tino.

     

syarah haifa 118

Aiman dan isteri

     

10. Beliau dan wanita pilihannya, Che Syarah Haifa binti Che Isa telah sah bernikah pada 27 April 2023 di Segambut, Kuala Lumpur. Majlis perkahwinan atau resepsi mereka bakal diadakan di Shah Alam pada 6 Mei 2023. Sebelum ini, pada 21 Januari 2023, majlis merisik pasangan ini telah dilaksanakan di Cheras dan beberapa video telah dikongsi di hantaran Instagram (IG) oleh abang Syarah, iaitu Farish Isa.

    

Baca: Biodata Syarah Haifa, Isteri Penyanyi Aiman Tino

    

Untuk biodata asas Aiman, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Aiman Tino

    

Gambar

che syarah haifa

syarah haifa ig 19

Kredit foto: Instagram Aiman Tino , Instagram syereheife

     

*Info Ringkas Aiman Tino

Umur / age - 25 tahun (2023)

Tinggi / height - 160 cm

Instagram - @official_aimantino

     

Kredit video: [LIVE] AKAD NIKAH AIMAN TINO & SYARAH HAIFA DI THE ASTANA

    

Sumber:

1. Jom ke sekolah dengan Aiman Tino

2. Apa kaitan Aiman Tino dan Herman Tino?

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)