Kredit foto: Instagram Isa Khan

   

Isa Khan merupakan bintang kelahiran Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang menduduki tangga ke-14 pada musim tersebut.

Antara lain AF2016 melahirkan penyanyi Ara Johari, Ammal (kumpulan OAG) dan Amir Masdi.

Kini Isa turut mengembangkan kariernya sebagai pelakon dan model.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan. Menggunakan nama komersial, Isa Khan.

2. Berusia 26 tahun (2019).

3. Berasal dari Kuala Lumpur.

4. Merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.

5. Bergiat dalam bidang seni sebagai pelakon, penyanyi dan model.

6. Bakatnya dikesan daripada program realiti, Akademi Fantasia 2016 (AF2016).

7. Antara drama dibintanginya termasuk Bimbi Dan Bonni dan Rahasia Kasih, selain telefilem Formula Cinta, Transit Terakhir dan Mak Cun Pi Lombok.

8. Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan single Syurga Yang Sempurna terbitan Music Valley Malaysia (MVM) pada Disember 2017.

   

Fakta Menarik

  • Adik kepada pelakon Miller Khan.
  • Berdarah campuran Cina-Pakistan. Keluarga bapanya berasal dari Karachi, Pakistan, manakala ibunya berketurunan Cina dari Johor.
  • Bapanya sudah meninggal dunia, manakala dua abangnya kini menetap di Indonesia. Beliau bersama kakak dan ibunya pula menetap di ibu kota.
  • Meminati dunia seni sejak zaman persekolahan.
  • Atas dorongan ibunya, beliau terbabit menjayakan iklan-iklan komersial sejak usia kecil.
  • Memulakan karier sebagai penyanyi, seterusnya berkecimpung dalam bidang lakonan.
  • Sebelum bergelar penyanyi profesional, beliau aktif membuat persembahan secara 'live band' di sekitar Jakarta dan Kuala Lumpur.
  • Dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan aktres Risteena Munim.

    

Foto

isa khan

isa khan ig

wikipedia isa khan

miller khan

adik beradik isa khan

isa khan dan risteena

pelakon isa khan

isa khan af

Kredit foto: Instagram Isa Khan

   

Video

Kredit video: Youtube MVM Music

   

Sumber:

1. Fresh Face 2018: Isa Khan

2. Wikipedia Akademi Fantasia 2016

3. Wajah Kacukan Beri Tuah Isa Khan Di Pentas Teater

4. Isa Khan Bimbang Tersalah Langkah Lagi

5. 'Kalau Dah Tak Kacak Lagi, Orang Pun Tak Pandang'

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)