Biodata

1. Pemilik nama penuh Nabilah binti Ali Dally. Popular dengan nama Bella Dally, juga dipanggil Bella.

2. Lahir pada 27 September 1991 di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Kediamannya terletak di Putrajaya.

3. Anak kepada pasangan Ali Dally Abdul Wahab Dally (bapa) dan Weana Quadra (ibu)

4. Berdarah kacukan Melayu-Pakistan (bapa) dan Pan Asia-Filipina (ibu).

5. Anak bongsu daripada dua beradik.

6. Abangnya, Affendy Ali Dally bertugas sebagai Timbalan Pengerusi di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

7. Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009 iaitu selepas bakatnya dikesan pelakon Datuk Rosyam Nor menerusi pertandingan pencarian bakat lakonan, Pilih Kasih musim pertama. Bella menduduki tempat keempat dalam rancangan realiti berkenaan.

8. Asalnya dikenali sebagai Nabilah Dally, namun menukar kepada nama Bella Dally kerana enggan peminat keliru namanya dengan pelakon Nabila Huda.

9. Pada tahun 2014, beliau mula mengenakan hijab.

10. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016, sebelum bercerai pada 17 Mei 2018.

11. Pada 12 Januari 2019, beliau bertunang dalam sebuah majlis tertutup dengan seorang usahawan dikenali sebagai Arif selepas lima bulan usia perkenalan mereka.

12. Pernah membintangi filem Seru, Gila-Gila Remaja 2 dan Desolasi.

13. Juga drama Qalesya 2, Serapah Darah Bulan Madu, Vanila Coklat, Miss Octopus, Friday I'm In Love, Dewi Lasak, Kusinero Cinta, Surah Buat Maisarah, Makmum Yang Paling Aku Cinta dan banyak lagi. Termasuk telefilem Ady Valentino dan Cubaan Bahagia.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon bella dally 2

biodata dan latar belakang pelakon bella dally 3

biodata dan latar belakang pelakon bella dally 4

biodata dan latar belakang pelakon bella dally 5

biodata dan latar belakang pelakon bella dally 6

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. BH Online

4. Instagram Bella Dally




Hakcipta iluminasi.com (2017)