Kredit foto: CST Production

   

Natasha Rosa Boudville merupakan seorang wanita bujang berketurunan Serani yang dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan aktor Eizlan Yusof.

Berikut serba sedikit butiran biodata mengenai wanita yang bekerja dalam sektor perhotelan ini.

   

Biodata

1. Dikenali sebagai Natasha Rosa Boudville.

2. Kelahiran Kuala Lumpur.

3. Berketurunan Serani.

4. Berumur 29 tahun (2019).

5. Merupakan seorang mualaf atau saudara baru dalam Islam.

6. Memeluk Islam pada Ogos 2018 iaitu sebelum dilamar Eizlan.

7. Mengenali Eizlan sejak empat tahun lalu.

8. Bekerja sebagai kakitangan pengurusan di sebuah hotel ternama bertaraf lima bintang di ibu kota.

9. Meminati sukan menyelam skuba.

10. Eizlan menyifatkan perwatakan Natasha sebagai seorang yang kelakar, prihatin dan rapat dengan anaknya.

    

Info Hubungan Cinta Dengan Eizlan Yusof

  • Eizlan melamar Natasha secara spontan pada September 2019 selepas empat tahun perkenalan.
  • Persahabatan awal bermula selepas diperkenalkan oleh sahabat.
  • Keputusan berkahwin mendapat restu daripada anak Eizlan.
  • Anak-anak Eizlan memanggil Natasha dengan gelaran 'Auntie Chacha'.
  • Pasangan ini berkongsi minat yang sama iaitu dalam bidang selam skuba.
  • Majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung selama empat hari hasil tajaan daripada teman rapat Eizlan.
  • Bakal diraikan dalam empat majlis iaitu malam berinai pada 11 Disember, akad nikah (12 Disember), majlis resepsi (13 Disember) dan malam penghargaan (14 Disember).
  • Eizlan bakal mengenakan persalinan perkahwinan istiadat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
  • Asalnya majlis kahwin ingin dilakukan secara ringkas dengan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat, namun keputusan itu berubah selepas rakan Eizlan bermurah hati memberikan tajaan.
  • Persiapan termasuk perjalanan majlis kesemuanya diuruskan oleh rakan Eizlan, manakala beliau hanya terbabit dalam soal hantaran dan urusan wajib sahaja.

    

Foto

bakal isteri eizlan yusof

eizlan yusof kahwin

natasha rosa boudville

natasya rosa 97

perkahwinan eizlan yusof

Kredit foto: CST Production

   

Video

Kredit video: h live! - Datuk Seri Eizlan Yusof bakal tamatkan zaman duda

   

Sumber:

1. Eizlan bakal bernikah gadis Serani [METROTV]

2. Beza Usia 19 Tahun, Eizlan Yusof Bakal Tamatkan Zaman Duda Dengan Gadis Serani

3. Senior Hero Remaja Tamatkan Zaman Duda, Finalis Dewi Remaja 09/10 Pula Jadi Tunangan Orang

4. Inikah Natasha Yang Menjadi Pilihan Hati Datuk Seri Eizlan Yusof?

5. Eizlan Yusof Sahkan Akan Bernikah 12 Disember Ini

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)