Kredit foto: Instagram Atikah Suhaime

         

Ikuti 10 fakta biodata pelakon Atikah Suhaime yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) produk penjagaan diri, Zaitun, Datuk Lokman Teh, pada 21 Januari ini.

        

datuk lokman teh

         

1. Atikah Suhaime, yang sebenarnya bernama Nur Atikah binti Mohd Suhaime, berumur 33 tahun pada tahun 2024.

         

atikah suhaime awi rafael

         

2. Atikah lahir sebagai anak kepada pasangan Mohd Suhaime Jamali (bapa) dan Yan Mansor (ibu).

        

atikah suhaime wikipedia

          

3. Dia ialah anak kedua dalam tiga adik beradik dalam keluarganya.

          

atikah suhaime tunang

          

4. Berdasarkan hasil carian di internet, Atikah dilaporkan memiliki tinggi badan sekitar 162 sentimeter (cm).

         

atikah suhaimi

         

5. Sebagai seorang pelakon, dia mencorakkan kehadiran dalam dunia televisyen menerusi persembahan watak-watak dalam drama seperti Bila Hati Berbicara, Bukan Isteri Sempurna, Klik! Pengantin Musim Salju, Dendam Cinta Arissa, Kau Vs Aku dan Aku Seorang Perempuan. Termasuk filem Kasut Ku Kusut, Volkswagen Kuning, Highland Tower, Zaara dan beberapa lagi.

         

pelakon atikah suhaime

          

6. Kebelakangan ini, dia terus mewarnai layar skrin tempatan dengan lakonan menerusi drama Adam Bukan Adam, Sakit Tengkuk Betullah, Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker dan Andai Itu Takdirnya, juga bakal muncul dalam telefilem Menanti Yang Pasti di platform Tonton dan filem berjudul Tatian yang akan ditayangkan.

         

atikah suhaime

          

7. Tidak hanya menawan dengan bakat lakonannya, figura cantik ini turut memiliki bakat terpendam dalam seni nyanyian. Suaranya pernah direkodkan dalam lagu berjudul Jatuh Dari Langit (duet bersama Shals, Carla dan Sabique) yang menjadi runut bunyi (OST) untuk filem Suamiku Jatuh Dari Langit pada 2015.

          

atikah suhaime putus tunang

         

8. Sebelum ini, Atikah pernah putus tunang dengan penyanyi terkenal, Awi Rafael hanya beberapa hari sebelum majlis pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 17 Mac 2019. Pertunangan mereka sebelum itu dijalankan pada 17 Mac 2018.

         

siapa atikah suhaime yang pernah viral dengan kontroversi ini

         

9. Dalam perkembangan terbaru, dia bakal melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, seorang ahli perniagaan Malaysia, Datuk Lokman Teh dalam majlis perkahwinan yang akan diadakan secara tertutup pada 21 Januari 2024.

Mereka telah melangsungkan pertunangan pada Disember 2023 yang lalu.

         

lokman teh

Bintang yang berasal dari Singapura ini bakal diperisterikan Dato Lokman Teh.

         

10. Selanjutnya, dia kini dilaporkan sedang menjalankan tanggungjawab sebagai duta rangkaian produk berjenama Zaitun yang sedang meraih kembali dominasi dalam pasaran, menerusi kemunculan semula jenama itu.

        

Untuk biodata penuh Atikah, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Atikah Suhaime

           

atikah suhaime umur

atikah suhaimie

atikah suhaime dulu     

atikah suhaime kahwin

atikah suhaime bertunang

Kredit foto: Instagram Atikah Suhaime

        

Kredit video: OST Suamiku Jatuh Dari Langit - Jatuh Dari Langit (Atikah Suhaime feat. Shals, Carla & Sabique)

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)