Kredit foto: Instagram Six Years Boboy

    

Boboy merupakan kumpulan remaja fenomena yang pernah mendapat tempat di hati penggemar muzik lagu-lagu melayu sekitar awal era 2000-an.

Bagaimanapun, kegemilangan diraih mereka hanya bertahan sehingga kemunculan album ketiga berjudul Masih Mencari yang diterbitkan pada 2005.

   

Biodata Kumpulan Boboy

1. Dianggotai Wan Naqiuddin bin Wan Najib (Naqiu / vokalis), Shah Azrizal Kamarulzaman (Shah / gitaris), Mohd Muzaffar Nordian (Muz / gitaris kedua), Mohd Addinan Azmi (Didie / pemain bes) dan Aris Fahmi Zulkifli (Acik / pemain dram).

2. Aktif dalam dunia hiburan tempatan sejak tahun 2001 hingga 2005 di bawah label syarikat rakaman New Southern Records (NSR).

3. Mencipta nama sebaris kumpulan-kumpulan remaja 'BBNU' era 2000-an seperti New Boyz dan Spin.

4. Asalnya Boboy mempertaruhkan genre pop menerusi penerbitan album sulung, sebelum beralih ke pop rock untuk album kedua.

5. Merakamkan tiga buah album studio berjudul Episod Cinta pada 2001, Antara Remaja Dan Dewasa (2003) dan Masih Mencari (2005).

6. Antara lagu-lagu hits Boboy termasuk Janji Seorang Kekasih, Episod Cinta, Demi Masa, Dalam Benci Ada Rindu, Memori Cinta, Cinta Melayang-Layang dan banyak lagi.

7. Dalam bidang lakonan, mereka pernah membintangi telefilem Boboy The Movie pada 2001 dan Semarak Naga (2003).

   

Fakta Menarik

  • Album pertama Boboy dianggarkan meraih jualan sehingga melebihi 30,000 unit.
  • Pada 2001, lonjakan populariti diraih memaksa mereka memenuhi sehingga empat ke lima tawaran persembahan setiap hari!
  • Selepas kehilangan Boboy daripada arus muzik perdana, vokalisnya, Naqiu menyara kehidupan sebagai penyanyi kelab malam selama hampir 12 tahun. Manakala anggota lain mempunyai pekerjaan tetap masing-masing.
  • Naqiu bersama tiga ahli asal Boboy pernah membuat 'comeback' sekitar 2014 dengan menggunakan nama kumpulan 'Six Years' menerusi single Hukum Aku. Bagaimanpun kehadiran mereka tidak disedari peminat, malah lagu terbabit tidak diputarkan di mana-mana stesen radio.
  • Atas dorongan anggota Boboy lain, Naqiu menyahut cabaran menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim keenam (GV6) walaupun terlebih dahulu menolak sejak beberapa musim lalu. Jika pembabitannya di GV6 mendapat sambutan, beliau bercadang mengadakan persembahan ‘reunion’ bersama Boboy.

   

Foto

boboy 561

naqiu boboy 52

naqiu

boboy episod cinta

muz boboy

shah boboy

zul boboy

didi boboy

biodata naqiu 885

six years boboy

lagu boboy 572

Kredit foto: Instagram Six Years Boboy & Instagram Naqiu

   

Video

Kredit video: Best Of Boboy Part 1

   

Sumber:

1. Wikipedia Boboy

2. Nyanyian Di Kelab Jadi Punca Rezeki Naqiu Boboy

3. Boboy Tak Kesal Menyepi

4. Kembali Menerjah Populariti - Naqiu

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)