biodata dan foto nostalgia ali xpdc

Kredit foto: Instagram.com/officialxpdc & Instagram.com/mohdaliismail2

 

Ali Terra Rossa atau Ali XPDC adalah antara penyanyi rock popular di Malaysia. Pemilik nama sebenar Mohd Ali bin Ismail (49 tahun) itu dilahirkan pada 23 Oktober 1968 di Klang, Selangor.

Kerjaya nyanyiannya dalam bidang muzik bermula pada tahun 1990 menerusi kumpulan Terra Rossa. Selepas mempunyai dua buah album, Ali membuat keputusan untuk bergelar penyanyi solo pada tahun 1995.

Setelah Mael keluar dari kumpulan XPDC pada tahun 1997, Ali telah menjadi vokalis baru kumpulan terbabit.

Mungkin ramai tak tahu Ali berpeluang mempertaruhkan nasib dalam bidang lakonan pada tahun 2003, menerusi telemovie bertajuk Apa Nak Dikata dan Sakinah.

Pada akhir tahun 2005 pula, Ali meninggalkan kumpulan XPDC atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Ali kini mendedahkan telah berhijrah dan tampil dengan album baru yang lebih berunsur ketuhanan. Beliau berkerjasama dengan penceramah agama terkemuka, Ustaz Azhar Idrus selaku penulis lirik.

biodata dan foto nostalgia ali xpdc 6

biodata dan foto nostalgia ali xpdc 4 712

biodata dan foto nostalgia ali xpdc 2 651

biodata dan foto nostalgia ali xpdc 1

biodata dan foto nostalgia ali xpdc 3

biodata dan foto nostalgia ali xpdc 5

Sumber berita: Wikipedia Ali XPDC

Kredit foto dengan keizinan: myartis.com


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)