Selalu lalu, netizan kecoh memperkatakan tentang penularan kiriman yang dikatakan foto terkini penyanyi rap tersohor, Malique Ibrahim.

Gambar bintang hip hop yang cukup dikenali sebagai 'Mr General' itu menyaksikan momen dirinya bersama keluarga di sebuah lapangan terbang.

Umum sedia maklum, Malique sudahpun mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2008 dengan teman wanitanya, Melissa Maureen Rizal yang juga seorang pelakon dan personaliti televisyen.

Jom kenali lebih dekat Melissa yang pernah mencipta nama dalam dunia hiburan sekitar era 2000-an dahulu.

     

Biodata

1. Pemilik nama penuh, Melissa Maureen binti Rizal. Dikenali umum sebagai Melissa Maureen.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 3 Mac 1980. Berusia 39 tahun.

3. Berdarah campuran Pakistan, Cina dan Melayu.

4. Berkelulusan Ijazah dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris daripada King's College, London.

5. Merupakan pelakon, model dan personaliti televisyen yang mula bertapak dalam dunia seni sejak tahun 1999 hingga 2012.

6. Namanya meledak menerusi kemunculan dalam beberapa siri televisyen, filem, iklan dan pementasan.

7. Antara drama dibintanginya seperti Gol & Gincu The Series, Realiti, Benda Aneh Bernama Cinta, Shop @ Dapat, Bersama, Table For Two, Akademi dan Masihkah Ada Cinta.

8. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Gol & Gincu, Raining Amber, The Amber Sexalogy dan Hooperz. Juga terlibat dalam pementasan teater 'Frankenstein In Love'.

9. Berkahwin dengan penyanyi rap ternama, Malique Ibrahim (bekas anggota kumpulan Too Phat) pada 8 Ogos 2008 yang mana sehingga kini perkongsian hidup mereka dianugerahkan empat orang cahaya mata.

   

Baca: Biodata Malique Too Phat

Baca: Biodata Joe Flizzow

   

Foto

melissa maureen rizal

melissa maureen

melissa maureen rizal ig

isteri malique 170

gambar malique

malique kahwin

   

Sumber:

1. Wikipedia Melissa Maureen

2. Wikipedia Malique

3. Melissa Bukan Menyepi

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)