Kredit foto: Instagram Atiq Azman

   

Watak 'Amirul' dalam siri fenomena Nur dan Nur 2 telah mendedahkan nama Atiq Azman di mata peminat seni hiburan.

Perlahan-lahan dia diberi perhatian apabila mendapat tanggungjawab memainkan pelbagai peranan watak.

Terbaru, maklum balas yang memberangsangkan diterimanya selepas menjayakan watak Pian dalam drama berepisod, Aku Yang Kau Gelar Isteri.

Kami kongsikan dengan pembaca 10 fakta menarik mengenai pelakon muda ini yang tidak diketahui ramai.

   

atiq azman birthday

Kredit foto: Instagram Atiq Azman

1. Pemilik nama sebenar Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah ini dilahirkan pada 24 Februari 2000.

raja atiq

Kredit foto: Instagram Atiq Azman

2. Ketika bersekolah rendah, beliau asalnya bercita-cita ingin menjadi juruterbang, namun kerana pencapaian akademik yang kurang baik di sekolah menengah, akhirnya telah meranapkan impiannya itu.

atiq azman ig

Kredit foto: Instagram Atiq Azman

3. Memegang prinsip untuk tidak menjayakan sebarang watak yang melibatkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita kerana ingin mencari keberkatan dalam rezeki, selain atas nasihat keluarganya.

keluarga atiq azman

Kredit foto: Instagram Atiq Azman

4. Sebelum mengecap populariti sebagai selebriti, beliau pernah menyara kehidupan sebagai peniaga sotong goreng di gerai yang dibuka di hadapan rumahnya, malah masih lagi meneruskan pekerjaan itu ketika tidak mempunyai tawaran berlakon terutamanya sewaktu kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

atiq azman

Kredit foto: Instagram Atiq Azman

5. Hasil perbincangan dengan pengurus, beliau telah menukar nama komersialnya dari Raja Atiq kepada Atiq Azman sejak tahun 2018 bagi mengelakkan kekeliruan dengan pelakon Raja Afiq yang mempunyai nama hampir serupa.

kekasih atiq azman

Kredit foto: Instagram Atiq Azman

6. Beliau dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan instafamous, Najiaa (Najiah) rentetan beberapa foto mesra mereka yang dimuat naik di Instagram. Namun Atiq yang mengenali wanita itu sejak tahun 2018 memilih untuk enggan mengulas lanjut.

aku yang kau gelar isteri 153

Kredit foto: Instagram Atiq Azman

   

7. Ingin menjaga namanya daripada terpalit dengan sebarang kontroversi liar kerana ingin memelihara nama baik keluarga, selain tidak mahu merosakkan kepercayaan yang diberikan kedua ibu bapanya.

8. Kampung halaman bapanya terletak di Taiping dan Kuala Kangsar, Perak.

atiq azman wikipedia

Kredit foto: Instagram Atiq Azman

9. Sehingga kini, akaun Instagramnya atas nama @therajaatiqullah sudahpun mempunyai lebih 430,000 pengikut.

10. Mengidamkan watak lakonan yang bermain dengan emosi seperti karakter orang kurang upaya.

Untuk biodata asas Atiq Azman, anda boleh baca artikel: Biodata Penuh Atiq Azman

   

Gambar Atiq Azman

raja atiq azman

atiq azman umur

pelakon aku yang kau gelar isteri

Kredit foto: Instagram Atiq Azman

   

Sumber:

1. Tambah ilmu lakonan

2. Tawaran berlakon tak pernah putus

3. Atiq Azman hadiahkan bunga kepada instafamous

4. Sebab PKP, Atiq Azman tak malu jual sotong goreng

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)