Kredit foto: Instagram @ezadlazim

        

Berjuang dengan jatuh bangun, namun sehingga kini dia tetap mengecapi kerancakan karier di lapangan hiburan.

Mengekalkan momentum sebagai anak seni, Ezad kini terbit dengan single terbaharu bersama penyanyi Zamani berjudul Lima Aksara.

Tidak hanya itu, beliau juga mencuri tumpuan menerusi kemunculan di pentas komedi, Muzikal Lawak Superstar 2019 bersama kumpulan HEART yang antara lain dianggotai Azmi Caliph Buskers dan Danial Zaini.

Berikut kami kongsikan biodata dan fakta menarik tentang artis serba boleh ini!

    

Biodata

1. Nama penuhnya, Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim.

2. Dikenali sebagai Ezad Lazim dan Ezad Exists.

3. Berumur 40 tahun (2019). Lahir di Alor Setar, Kedah pada 30 November 1979.

4. Merupakan penyanyi dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1995.

5. Memperjuangkan genre muzik Balada, Pop Rock dan Rock.

6. Kerjayanya sebagai vokalis Exists adalah kerana menggantikan penyanyi Mamat.

7. Antara lagu hits dipopularkannya bersama Exists seperti Mengintai Dari Tirai Kamar, Jesnita, Julia, Mama Tolonglah Percaya, Percayakan Siti dan Seperti Dulu.

8. Penglibatan dalam karier solo pula menerusi lagu-lagu seperti Demi Cinta, Kuasa Cinta, Kesetiaan Cinta dan Lima Aksara (duet bersama Zamani).

9. Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi filem Mami Jarum, Mami Jarum Junior, Mistik, Tangkai Jering dan Kuliah Cinta. Termasuk telefilem Tak Sangka No, Veteran Rock dan Kecoh Mami Jarum Beraya.

10. Juga terbabit sebagai pelawak menerusi kemunculan di pertandingan Maharaja Lawak Mega 2016 dan Muzikal Lawak Superstar 2019.

11. Menamatkan zaman solo dengan Nor Azeana Haji Ramli pada 30 Mac 2013 di mana sehingga kini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera Muhammad Darwisy dan Puteri Rania Kiesya.

      

Fakta Menarik

  • Berkebolehan bermain instrumen muzik gitar.
  • Anak saudaranya, Mohd Rozaimi Rosli atau nama komersialnya Along Zaimi juga merupakan penyanyi yang pernah menyertai program realiti, Mentor Milenia pada tahun 2017.
  • Kemunculan semulanya dalam dunia hiburan pada 2015 menerusi rancangan Gegar Vaganza (GV) musim kedua, meletakkannya di kedudukan ketiga sewaktu peringkat akhir.

     

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi ezad lazim 2

biodata dan latar belakang penyanyi ezad lazim 3

biodata dan latar belakang penyanyi ezad lazim 4

biodata dan latar belakang penyanyi ezad lazim 5

biodata dan latar belakang penyanyi ezad lazim 6

Kredit foto: Instagram @ezadlazim

    

Video

Kredit video: Youtube Broadway NuMusic

    

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2, 3]

2. Utusan

3. Astro Awani




Hakcipta iluminasi.com (2017)