Biodata

1. Nama lengkapnya, Dayang Nurfaizah binti Awang Dowty.

2. Lahir pada 20 Julai 1981 di Kuching, Sarawak, Malaysia. Berumur 38 tahun (2019).

3. Selain bergelar penyanyi, beliau juga bekerja sebagai penerbit rakaman dan penulis lagu.

4. Sinonim dengan genre muzik Pop, R&B dan Balada.

5. Membabitkan diri dalam bidang seni sejak tahun 1998 iaitu selepas kemenangannya dalam pertandingan nyanyian lagu berbahasa Inggeris, Golden Teen Search 1997.

6. Komposer terkemuka, Adnan Abu Hassan merupakan individu yang bertanggungjawab membawa nama Dayang ke bidang seni suara menerusi penerbitan album studio sulungnya berjudul Dayang Nurfaizah.

7. Merupakan artis naungan syarikat rakaman Delima Records pada 1999, Broadway Entertainment (2000-2002), DNAD (2003-kini), New Southern Records - edaran (2005-2009) dan Universal Music - edaran (2011-kini).

8. Lagu-lagu popularnya seperti Hakikat Cinta, Seandainya Masih Ada Cinta, Bahagia, Pintaku Yang Terakhir, Untuk Sementara, Erti Hidup, Mana Mungkin, Hembusan Asmara, Dayang Sayang Kamu, Di Pintu Syurga, Tak Pernah Menyerah, Lelaki Teragung, Separuh Mati Ku Bercinta, Haram (duet bersama Hael Husaini) dan banyak lagi.

9. Sehingga kini sudah menghasilkan lapan buah album studio iaitu Dayang Nurfaizah (1999), Seandainya Masih Ada Cinta (2001), Hembusan Asmara (2002), Dayang Sayang Kamu (2004), Kasih (2005), 20 07 (2007), Sayang & Cahaya (2011) dan Dayang Nurfaizah (2017).

10. Antara pencapaiannya dalam bidang hiburan: diangkat sebagai Juara Bintang Remaja Asli 1997 (Kuching, Sarawak), Juara Golden Teen Search 1997 (Radio Televisyen Malaysia), Juara Bintang RTM 1998 (Radio Televisyen Malaysia), Juara Bintang Penghibur HMI 2000 (Radio Televisyen Malaysia), Lagu Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2002 menerusi Seandainya Masih Ada Cinta, Anugerah Lagu Global Pilihan untuk lagu Erti Hidup di Anugerah Era 2005, Persembahan Kolaborasi Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2011 menerusi lagu Sayang duet bersama Marcell Siahan dan banyak lagi.

11. Juga merangkul trofi utama Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 menerusi Lelaki Teragung dan AJL 33 menerusi Haram (duet bersama Hael Husaini).

Foto

biodata dayang nurfaizah penyanyi lagu haram 2

biodata dayang nurfaizah penyanyi lagu haram 3

biodata dayang nurfaizah penyanyi lagu haram 4

biodata dayang nurfaizah penyanyi lagu haram 5

biodata dayang nurfaizah penyanyi lagu haram 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Mstar

4. Instagram Dayang Nurfaizah

5. Youtube Kool TV




Hakcipta iluminasi.com (2017)