Biodata

Nama penuh: Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil

Nama popular: Alha Alfa

Umur: 30 tahun (2018)

Kelahiran: Kuala Lumpur

Pendidikan: Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Bina

Pekerjaan: Jurusolek artis dan pengasas produk kosmetik

Media sosial: Instagram @alhaalfa dan Facebook Alha Alfa

Fakta Menarik

1. Mesra dipanggil Alha.

2. Memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2A 4B 3C.

3. Selepas SPM, Alha mengambil upah sebagai tukang cat untuk menjana pendapatan memandangkan dirinya bukan berasal daripada keluarga berada.

4. Dalam masa sama, beliau turut bekerja sebagai 'tukang buat Pizza' di restoran Pizza Hut selama lebih kurang setengah tahun.

5. Kemudiannya Alha mendapat tawaran menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak, namun berbelah bahagi kerana mengenangkan dirinya yang mempunyai dua adik yang masih perlu ditanggung, apatah lagi ekonomi keluarganya ketika itu tidak baik.

6. Namun sudahnya, ibunya menggadai rantai emas perkahwinan bagi menyara pengajian beliau yang turut dibantu oleh hasil pendapatannya sewaktu bekerja di Pizza.

7. Sambil belajar, Alha berusaha mendapatkan sejumlah wang menerusi kerjaya sebagai jurumekap sambilan.

8. Namun dalam waktu sama, dirinya sekalipun tidak mengabaikan pelajaran. Buktinya, dalam beberapa semester pengajian, beliau telah menerima Anugerah Dekan.

9. Kemudian, Alha menyambung pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan kerjaya jurumekapnya berkembang apabila turut terpilih menjayakan produksi drama.

10. Beliau berkenalan dengan beberapa selebriti popular yang sekaligus mengangkat namanya di persada dunia hiburan. Selain itu, Alha turut diberi tanggungjawab menggalas peranan sebagai pembantu peribadi kepada penyanyi Amy Mastura.

11. Sehingga pertengahan tahun 2017, rezekinya terus melimpah ruah apabila memiliki produk kosmetik sendiri iaitu 'Alha Alfa'. Malah dia mempunyai lebih kurang seribu pelajar di bawah didikannya.

12. Selepas dua tahun produk itu diperkenalkan, beliau kemudiannya menjadi penaja utama bagi acara Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober 2018.

13. Bercita-cita untuk menjadikan syarikat kosmetiknya sebagai nombor satu di Malaysia

14. Pernah menyolek ramai selebriti popular seperti Fasha Sandha, Ayda Jebat, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Zara Zya, Jihan Muse, Amy Mastura dan ramai lagi.

15. Menganggap produk kosmetiknya mendapat sambutan hangat kerana dihasilkan secara organik, mempunyai kelulusan ujian makmal serta diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

16. Beliau mengakui ramai selebriti yang sudah beralih daripada jenama antarabangsa kepada produknya yang sekaligus mengangkat kualiti keluaran tempatan setaraf dengan jenama luar negara.

17. Menyifatkan kejayaan yang diraih kerana minat yang mendalam dan niat baik untuk membantu keluarga.

Foto Terkini

biodata alha alfa pengasas kosmetik dan jurusolek artis 3

biodata alha alfa pengasas kosmetik dan jurusolek artis 2 499

biodata alha alfa pengasas kosmetik dan jurusolek artis 4

biodata alha alfa pengasas kosmetik dan jurusolek artis 5

biodata alha alfa pengasas kosmetik dan jurusolek artis 6

Kredit:

1. BH Online

2. Instagram Alha Alfa

3. Facebook Alha Alfa




Hakcipta iluminasi.com (2017)