Kredit foto: Instagram Noor Azlin Ismail

    

Biodata

Nama: Noor Azlin Ismail

Umur: 24 tahun (2020)

Tarikh lahir: 28 September 1996

Kerjaya: Model

Instagram: @arelin_ismail (94,900 pengikut)

    

Biografi

Datin Noor Azlin Ismail merupakan seorang model wanita Malaysia berusia 24 tahun yang telah mendirikan rumah tangga dengan jurusolek dan pengasas produk kosmetik, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa, 32, pada 28 September 2019.

Pasangan ini terlebih dahulu melangsungkan pertunangan pada 29 Disember 2018 bersempena dengan hari lahir Alha.

Alha dalam sebuah kenyataan, berkata, beliau menyifatkan Azlin sebagai seorang wanita yang matang dan berdikari kerana sikapnya yang tidak suka meminta-minta.

Meskipun jarak usia mereka tujuh tahun, Alha menganggap kematangan yang dimiliki Azlin adalah kerana wanita berwajah manis itu telah melalui pengalaman membesar tanpa kehadiran bapanya yang terlebih dahulu dijemput Ilahi.

Bibit awal perkenalan mereka bermula ketika Azlin menjadi model mekap dalam kelas mekap yang dianjurkan Alha di Taiping.

Alha mula merasakan keserasian kerana menyedari Azlin seorang yang tidak banyak bercakap dan memahami tugasan kariernya yang senantiasa sibuk.

Sedar tak sedar hubungan mereka berpanjangan sehingga lima tahun sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.

Alha menyangkal dakwaan kononnya Azlin memilihnya kerana kedudukan yang dimiliki, sebaliknya tegas beliau, wanita itu sudah mula berkawan dengannya sewaktu dia masih lagi bergelut untuk memajukan kerjaya dan perniagaan.

Malah ibu Azlin tidak meletakkan sebarang jumlah hantaran ketika beliau hendak masuk meminang.

    

Baca: Biodata Usahawan Kosmetik Alha Alfa

     

azlin ismail alha alfa

Kredit foto: Instagram Noor Azlin Ismail

    

Bagaimanapun selepas hampir enam bulan melayari kehidupan bersama sebagai suami isteri, usahawan kosmetik itu mengesahkan hubungannya dengan Azlin berakhir dengan perceraian.

     

Foto Noor Azlin Ismail

noor azlin ismail

adik beradik noor azlin ismail

isteri alha alfa

noor azlin ismail instagram

azlin ismail

alha alfa bercerai

biodata isteri alha alfa

noor azlin alha alfa

dato alha alfa 195

alfa alha

Kredit foto: Instagram Noor Azlin Ismail

    

Sumber:

1. Alha Alfa selamat bertunang, kahwin tahun depan

2. “Azlin Kenal Saya Waktu Saya Masih Belum Ada Apa-apa,”- Datuk Alha Alfa

3. Alha Alfa sah bergelar suami kepada Noor Azlin

4. Alha Alfa, Azlin bercerai

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)