Kredit foto: Instagram Hafiz Mahamad

Siapa Hafiz Mahamad? Pemilik nama penuh Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad ini merupakan pengasas bersama jenama AINAA Beauty dengan isterinya, Syafiqah Aina atau Nursyafiqah Aina Abdul Wahab.

AINAA Beauty dikenali sebagai pengeluar produk kecantikan yang memberi fokus kepada penjagaan kulit, kecantikan dan kosmetik.

Pasangan suami isteri viral ini sering menjadi perhatian netizen di laman sosial dengan isu-isu yang mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Biodata Hafiz Mahamad

Nama sebenar: Abdul Hafiz Harisuddin bin Mahamad

Nama komersial: Hafiz Mahamad

Umur: 30 tahun (2023)

Tarikh lahir: 28 Ogos 1993

Tempat lahir / Asal: Kelantan

Keluarga: Anak sulung daripada dua orang adik beradik

Pendidikan: Diploma Perakaunan daripada Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Kerjaya: Usahawan kosmetik, personaliti media sosial

Instagram (IG): @hafizmahamad

Kisah Dan Latar Belakang

1. Hafiz pernah meraih perhatian ramai kerana merai ulang tahun kelahiran Syafiqah Aina dengan menyewa limosin putih semasa hubungan percintaan mereka pada tahun 2016.

2. Kisah lain yang menjadi tular dan meningkatkan populariti mereka adalah kejutan istimewa yang diberikannya pada Syafiqah apabila wanita itu dihadiahkan sebuah kereta Honda Civic berwarna merah pada tahun 2017. Mereka juga pernah berlayar dengan kapal mewah di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor, pada tahun yang sama bersama keluarga Syafiqah dan keluarganya.

3. Sewaktu hari ulang tahun kelahirannya pada 2018, Syafiqah membuat kejutan padanya dengan menaiki helikopter sebagai hadiah istimewa.

4. Pada tahun 2017, beliau bersama Syafiqah telah memulakan penubuhan AINAA Beauty yang pasarannya berkembang di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand.

5. Beliau berkahwin dengan Syafiqah yang merupakan usahawan dan Instafamous terkenal, pada 24 November 2017 selepas lima tahun menjalin hubungan. Majlis bersejarah ini menjadi tumpuan ramai dan mendapat jolokan 'Wedding Of The Year'.

6. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Raisya Arisa pada 24 Jun 2019. Nama Raisya Arisa membawa makna seorang pemimpin yang lemah-lembut dan bijak. Selain itu, mereka menerima kehadiran anak kedua, Rayqal Arees pada 26 Julai 2022.

7. Pada tahun 2022, Hafiz mendedahkan bahawa isterinya itu mengalami penyakit misteri yang dipercayai disebabkan oleh sihir yang dihantar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

8. Pada permulaan tahun 2023, Hafiz telah diberikan kejutan oleh Syafiqah apabila menerima sebuah kereta Ferrari berwarna merah sebagai hadiah.

Fakta Menarik

1. Dia dikenali dengan ungkapan "Kejayaan Demi Kebahagiaan" yang menjadi misi utama dalam perjuangan yang dibawakan.

2. Jumlah pengguna yang mengikuti akaun Tiktoknya telah mencapai 1.4 juta, manakala pada akaun Instagram beliau mempunyai sebanyak 1.4 juta pengikut.

3. Menerima keputusan cemerlang dengan memperoleh Anugerah Dekan dalam peperiksaan yang diduduki sewaktu menyambung pengajian.

4. Pernah kehilangan sahabat baik yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 2020. Kejadian tersebut meraih perhatian ramai berikutan dia sanggup menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk menghadirinya. Walaubagaimanapun, terdapat netizen yang kurang berpuas hati dengan rakaman video pengurusan jenazah yang dia kongsikan di media sosial kerana didakwa dilakukan hanya demi mendapatkan konten.

5. Terkini, dia telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada lima calon teratas (Top 5) untuk kategori Digital Influencer Tergempak di acara Gempak Most Wanted Awards 2022 yang bakal diadakan pada 26 Februari 2023. Empat calon lain ialah Azfar Heri, Imran Bard, Nelysa Norazlan dan Ceddy Ang.

Baca: Biodata Usahawan Syafiqah Aina, Isteri Hafiz Mahamad

Gambar

hafiz mahamad ig

hafiz mahamad 114

hafiz mahamad asal mana 414

hafiz mahamad umur

syafiqah aina dulu

hafiz mahamad biography

syafiqah aina 532

hafiz mahamad wikipedia 980

syafiqah aina biodata

ainaa beauty

hafiz mahamad kelantan

Kredit foto: Instagram Hafiz Mahamad

Video

Kredit video: Neelofa idola Ainaa Beauty | MeleTOP | Radin




Hakcipta iluminasi.com (2017)