Kredit foto: Instagram Mua Bellaz , Facebook Make up by Bellaz , Facebook Nabilah Zulyadaini (Bella Nuart) , TikTok Mua Bellaz

       

Mua Bellaz seorang jurusolek, ikon tutorial solekan di media sosial dan juga seorang usahawan.

Mendapat populariti meluas di dunia maya, namanya kini seorang selebriti laman sosial yang terkenal, dengan lebih daripada 3.2 juta pengikut di TikTok, 2.5 juta pengikut Instagram (IG) dan 3 juta pengikut Facebook (FB).

         

Biodata

Nama sebenar: Nur Nabilah binti Zulyadaini

Nama komersial: MUA Bellaz, Muabellaz, Bellaz, Bella

Umur: 32 tahun (2024)

Tarikh lahir: 7 April 1992

Tempat lahir / Asal: Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah

Keluarga: Anak keempat daripada tujuh orang adik beradik

Pekerjaan: Jurusolek, Usahawan

Instagram (IG): @muabellaz

Tiktok: @muabellaz

        

Info

1. Bellaz merupakan gabungan namanya 'Bella' dan huruf 'z' dari nama bapanya.

2. Berdarah kacukan Melayu-Turki (Bapa orang Turki, ibu berbangsa Melayu).

3. Berketinggian 169 sentimeter (cm).

4. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Badong di Merbok, Sungai Petani.

5. Berkahwin dengan Anuar Muhammad pada 25 Disember 2012 dan hasil perkongsian hidup dengan suami dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Airis Alisha, Aidil Mikhail, Muhammad Aisy Ean Yusuf dan Nur Aisywara Nealofa (mesra disapa Wara atau Lopa).

6. Merupakan anak perempuan sulung dalam keluarganya.

7. Tidak melanjutkan pendidikan ke universiti atau kolej kerana bukan pelajar cemerlang dan bekerja sambilan selepas tamat sekolah.

       

Latar Belakang

1. Kehidupan masa lampau sangat sukar, dengan 'kais pagi makan pagi' dan memasak menggunakan dapur kayu. Bapanya bekerja sebagai nelayan.

2. Rumahnya tiada kelengkapan seperti dapur atau peti ais.

3. Adakalanya, bila bapa terpaksa ke pulau beberapa hari, mereka sekeluarga bercatu makan dengan menu nasi ikan kering, kicap atau telur goreng yang sudah menjadi kebiasaan.

4. Pernah bekerja sambil bersekolah di kedai makan dan kedai ikan.

5. Pernah hampir ingin menghubungi rancangan Bersamamu untuk memohon bantuan.

6. Sering ponteng sekolah kerana kesempitan hidup dan perlu menjaga tiga adiknya serta memasak untuk keluarga ketika ibunya bersalin.

7. Guru-guru yang melawat rumahnya setuju menanggung biaya persekolahannya, memberinya RM3 sehari untuk makan dan tambang bas hingga tamat Tingkatan 5.

       

Kisah Kejayaan

1. Bidang pembuatan kek diminatinya dahulu sebelum menceburkan diri dalam solekan.

2. Selepas berkahwin, menjadi suri rumah sepenuh masa dan memanfaatkan masa lapang dengan belajar solekan menerusi Youtube.

3. Mula terkenal di Facebook dalam sesi tutorial solekan menggunakan loghat utara.

4. Mula mengambil upah solekan untuk rakan-rakan dan majlis pada tahun 2014.

5. Mempunyai studio solekan sendiri yang dikenali sebagai Bellaz Studio di Alor Setar pada 2015.

6. Kini pengasas produk Bellaz Beauty dan juga seorang usahawan dengan pelbagai perniagaan, mempunyai aset serta syarikat.

7. Tercalon dalam Top 5 kategori Anugerah Influencer Meletop di Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) bersama Syahmi Sazli Production, Sofyank, Cupcake Aishah dan Sterk Production.

       

Fakta Menarik

1. Sudah berkahwin sejak usia 20 tahun.

2. Dahulu tinggal di rumah papan sebelum mampu menghuni banglo mewah.

3. Sewaktu mengandung anak sulung, minatnya dalam solekan mula berputik.

4. Dahulu suaminya, yang pernah bekerja sebagai runner, sering berkorban mengambil cuti setiap kali Bella mendapat tempahan mekap pengantin di lokasi yang jauh.

5. Bella mula buat live tutorial mekap di media sosial dan kemudian mendapat idea untuk menghasilkan rangkaian produk kosmetik sendiri.

         

Baca: Biodata Sofea Shra, Personaliti TikTok Terkenal

         

Foto

nabilah zulyadaini

mua bellaz dulu

muabellaz wara

mua bellaz hq

Gambar nikah

mua bellaz profile

Bapa Bella

mua bellaz asal mana

Ibu Bella

mua bellaz family biography siapa birthday age perfume product muda

Adik-adik Bella

pekerjaan suami mua bellaz pendapatan

mua bellaz anak

muabellaz

mua bellaz ig

Rumah dahulu dan banglo dihuni kini

mua bellaz umur

Dulu dan sekarang

mua bellaz wikipedia

Bella tanpa mekap

mua bellaz

Kredit foto: Instagram Mua Bellaz , Facebook Make up by Bellaz , Facebook Nabilah Zulyadaini (Bella Nuart) , TikTok Mua Bellaz

       

Video

Kredit video: GERAMNYA! COMEL! Wara Aisywara Nealofa anak Muabellaz datang Raya di MeleTOP! | Nabil & Namie

       

Sumber:

1. Bella tak tunduk pada kecaman, fitnah

2. ‘Suami tunggu dalam kereta jaga anak.’ MUA Bellaz kenang kembali kesusahan masa mula berkahwin

3. Dari Alat Solek Pasar Malam, Upgrade Beli di Watsons, Akhirnya Mampu Masuk Sephora – Kisah Inspirasi MUA BELLAZ

4. MUABELLAZ Bahagia Tinggal Di Kampung, Tak Terfikir Jadi Orang Bandar Walaupun Dah Level Kayangan!

5. ‘Tiada istilah pilih kasih atau ingin eksploitasi anak demi kejar glamor.’- MUA Bellaz

6. Nur Nabilah jurusolek popular laman sosial

7. Instagram Mua Bellaz

8. Facebook Make up by Bellaz

9. TikTok Mua Bellaz

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)