Pernah tak anda shopping di pasaraya mencari OLIVE OIL (Minyak Zaitun) , tapi terjumpa OLIVE POMACE OIL di celah-celah botol OLIVE OIL yang lain, dan anda terlihat perkataan "Olive", dengan botol kaca eksklusif dan packaging yang menarik serta ada gambar bendera Italy? Dengan harga yang jauh lebih murah, anda tak fikir panjang, atau terambil sebab nampak perkataan "Olive" dan terus ambil dan bayar?
BESARKAN TEKS A- A+
Tapi bila balik, buka dan tuang, rasanya dan baunya, serta tekstur nya langsung tak sama seperti "Extra virgin olive oil"?
Anda sebenarnya tertipu!
Ramai yang tau kebaikan yang ada dalam minyak zaitun ni. Rasulullah S.A.W sendiri mengamalkan minyak zaitun dalam diet baginda. Tapi bagaimana pula dengan OLIVE POMACE OIL?
Apa itu OLIVE POMACE OIL? ADAKAH SAMA DENGAN OLIVE OIL atau EXTRA VIRGIN OLIVE OIL?
Olive pomace oil adalah by-produk dari buah zaitun yang di ekstrak kali kedua dari selepas di ekstrak kali pertama menjadi olive oil, dan juga telah melalui proses penapisan, menjadikan ia sama kategori seperti minyak jagung, minyak canola, minyak sayuran atau seeds oil lain yang diproses.
Untuk menghasilkan minyak zaitun, buah zaitun diperah kali pertama menggunakan kaedah mekanikal atau "pressing" yang mana mengeluarkan minyak zaitun asli. Setelah di "tekan", masih terdapat 5-8% lagi baki minyak pada buah zaitun tersebut. Dan daripada baki minyak yang terdapat pada buah tersebut, ia akan melalui proses seterusnya yang menggunakan perlarut kimia dan proses penapisan untuk menghasilkan OLIVE POMACE OIL.
The International Olive Council (IOC), satu organisasi yang bertanggungjawab menggariskan kualiti piawaian dan memantau keaslian minyak zaitun, dengan jelasnya mentakrifkan minyak zaitun sebagai:
"Minyak yang diperolehi semata-mata dari buah zaitun, tidak termasuk minyak yang diperolehi menggunakan pelarut atau oleh proses pengesteran semula. Jumlah minyak yang terkandung dalam baki buah zaitun adalah terlalu sedikit dan ia tidak boleh di ekstrak melalui kaedah "pressing", hanya melalui penggunaan pelarut kimia seperti Hexane dan haba yang sangat tinggi"
Walaupun baki 5-8% minyak yang diperah kali kedua itu, secara teknikalnya, masih keluar dari buah zaitun, TETAPI disebabkan cara dan proses untuk mendapatkan minyak tersebut, menyebabkan ia tidak lagi boleh dilabel sebagai minyak zaitun.
Basically, hampir semua kebaikan yang membuatkan OLIVE OIL menjadi "SUPERFOOD", terus lenyap dengan proses penapisan ini, dan menjadi tidak lebih dari seed oil yang lain.
Dan malangnya, kita kadang-kadang terbeli OLIVE POMACE OIL ini, terima kasih kepada pengeluar yang tak beretika yang melakukan penipuan dengan melabelkan botol minyak ini dengan label yang mengelirukan pengguna.
Dan kalau dah terbeli, jangan buang, kerana masih berguna. Walaupun tak sehebat EXTRA VIRGIN OLIVE OIL, Olive pomace oil masih mengandungi "basic lipid profile", yang mana meningkatkan tahap asid oleanolic yang telah terbukti mengurangkan kadar tekanan darah tinggi. Dan juga sebab ia monounsaturated fat, ia masih pilihan yg lebih bagus dari seed oils yang lain macam canola, sunflower, corn dan sebagainya.