arab saudi kaya minyak tetapi miskin air

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Arab Saudi memang sangat terkenal disebabkan oleh sumber minyaknya, cecair yang memberikan kekayaan dahsyat kepada negara ini.

Sehingga akhir tahun 2019, Arab Saudi memiliki sekitar 298 bilion tong minyak, iaitu 17.2% daripada jumlah minyak global.

Namun, ada sumber lain yang berharga di bawah Gurun Arab yang tersangat kering ini, iaitu air bawah tanah dan sumber inilah yang membolehkan kawasan pertanian besar dapat ditanam di tengah-tengah padang pasir.

Di seluruh dunia, hanya terdapat 18 buah negara sahaja yang tidak memiliki sungai dan Arab Saudi adalah negara yang terbesar yang tidak memiliki sungai.

Dalam kes ini, negara-negara ini adalah negara pulau kecil yang biasanya tidak mempunyai bentuk muka bumi yang tinggi yang membolehkan sungai terbentuk.

wadi hanifah

(Wadi Hanifah)

Namun di wilayah Teluk ini, ia agak berbeza di mana landskap Arab Saudi dicirikan oleh Gurun Arab.

Secara definisi, sungai adalah aliran air semulajadi yang mengalir secara kekal. Di Arab Saudi, terdapat aliran air yang dikenali sebagai wadi.

Wadi adalah dasar sungai kering yang mengandungi air hanya ketika hujan lebat dan sebahagian daripadanya mengalir mengikut musim.

Sebagai contoh, Wadi Hanifah, yang mengalir melalui ibu negara Riyadh.

Peta di bawah menunjukkan ketinggian tanah di Arab Saudi, dan Gunung Asir membentang di sepanjang pantai ke Laut Merah.

ketinggian arab saudi

Di sini, suhu adalah lebih sejuk dan semasa musim tengkujuh Lautan India, hujan besar turun di kawasan ini.

Oleh kerana kekurangan air, ia menjadi satu cabaran besar bagi Arab Saudi untuk mengekalkan pertanian dan mengelakkannya bergantung sepenuhnya kepada import.

Untuk menggunakan hujan dengan lebih cekap untuk pertanian dan bekalan air, beberapa empangan telah dibina, terutamanya di barat daya negara ini yang mana menghasilkan takungan air.

Yang paling penting adalah Empangan Baysh dan Empangan Raja Fahad, yang merupakan takungan terbesar di negara ini.

Di bahagian lain Arab Saudi, hujan jarang berlaku dan tidak teratur, dengan ini ia tidak cukup untuk memelihara ternakan dan pertanian yang menguntungkan.

Pada tahun 1970-an dan 1980-an, Arab Saudi mewujudkan sejumlah inisiatif untuk memodenkan sektor pertanian.

kawasan pertanian arab saudi

Dan jika anda melihat padang pasir negara ini dari angkasa lepas, anda akan dapat melihat kawasan pertanian yang penuh dengan bulatan tanaman yang terhasil daripada pengairan pangsi pusat.

Air yang diperlukan untuk tujuan ini dipam dari kawasan di bawah Bumi yang sangat dalam iaitu dari akuifer (akuarium bawah tanah) yang dipenuhi dengan air semasa Zaman Ais ketika iklim di wilayah ini jauh lebih sejuk berbanding sekarang.

Air yang terkumpul selama beribu-ribu tahun yang lalu ini membolehkan kawasan besar di negara ini digunakan untuk tujuan pertanian.

Namun, terdapat masalah melibatkan perkara ini kerana air bawah tanah di wilayah ini hampir tidak boleh diperbaharui kerana jumlah hujan di situ tersangatlah sedikit.

Arab Saudi mengalami kekurangan air yang sangat pantas dari akuifer-nya dan membuatkan sektor pertanian negara itu musnah.

Paras air bawah tanah di akuifer Al-Ahsa telah menurun sebanyak 150 meter hanya dalam tempoh 25 tahun.

Ini membuatkan kawasan bulatan ladang hijau yang di padang pasir negara ini semakin hilang dari pandangan.

ladang pertanian arab saudi bulat

Pada tahun 2008, Arab Saudi terpaksa melakukan sesuatu dan memaksa mereka berputus asa terhadap impian untuk menyuburkan tanah mereka.

Statistik pengeluaran gandum tahunan di Arab Saudi menunjukkan peningkatan yang sangat tinggi ketika pembaharuan pertanian pada tahun 1980-an dilakukan, tetapi ia menurun dengan begitu drastik sejak tahun 2008.

Dan melihatkan kepada jumlah gandum yang diimport Arab Saudi, kita dapat melihat perubahan strategi yang dilakukan oleh negara ini pada tahun 2008.

Sewa tanah di luar negara

Pada tahun berikut, Inisiatif Raja Abdullah untuk Pelaburan Pertanian Arab Saudi di Luar Negara telah dilancarkan.

Tujuannya inisiatif ini adalah untuk membeli dan menguruskan tanah di negara lain bagi menjimatkan air di negara sendiri.

arab saudi beli tanah negara lain untuk jimatkan air

Syarikat makanan Arab Saudi membeli tanah pertanian di Argentina dan melalui syarikat subsidiari, di Arizona dan California.

Sebahagian besar daripada tanah-tanah ini ditanam jerami alfalfa, yang kemudiannya diimport ke Arab Saudi dan digunakan sebagai makanan lembu.

Dengan melakukan ini, Arab Saudi tidak perlu lagi bimbang tentang sumber air mereka dan pada dasaranya, mereka seperti mengimport air.

Arab Saudi juga menyewa tanah di Sudan, Zambia dan sebahagian besar Ethiopia, di mana Saudi Star PLC menyewa kawasan seluas 140,000 hektar di Ethiopia.

Matlamat jangka panjang syarikat Arab Saudi ini adalah untuk menyewa sehingga 500,000 hektar tanah di luar negara.

Walaupun dilihatkan dapat menyelesaikan masalah negara, namun pelaburan seperti ini boleh menyebabkan konflik air kerana banyak kawasan tanah sewaan ini sendiri berhadapan dengan masalah air.

Penyahgaraman air laut

penyahgaraman air laut arab saudi

Untuk menjamin bekalan air untuk rakyatnya, Arab Saudi juga banyak melakukan pelaburan terhadap penyahgaraman air laut.

Malah, Arab Saudi merupakan pengeluar air desalinasi terbesar di dunia. Sebagai contoh, sebahagian besar air di Madinah dipam di sana dari kilang penyahgaraman di Laut Merah.

Air minum di Riyadh terutamanya berasal dari kilang penyahgaraman Jubail di Teluk Parsi yang terletak 500 kilometer jauhnya dan dipam ke darat melalui saluran paip.

Dan sehingga Januari 2019, ia telah menghasilkan sekitar 1.4 juta kubik meter air setiap hari.

Bekalan air di Arab Saudi banyak disubsidi di mana kerajaan telah memberikan tugas kepada sejumlah syarikat swasta dari seluruh dunia ke atas kilang-kilang penyahgaraman ini.

Untuk menjadikan ni murah kepada pengguna, kerajaan Arab Saudi membeli air dari syarikat-syarikat ini dan menjualnya kepada isi rumah dengan harga yang jauh lebih rendah.

arab saudi tiada air

Malah, terdapat usaha untuk menaikkan tarif ini bagi menggalakkan penjimatan air, namun kenaikan tarif sudah tentunya tidak disukai rakyat.

Kali terakhir tarif air dinaikkan di Arab Saudi adalah pada tahun 2016 yang melihatkan kemarahan rakyat dan akibatnyna, menteri air Arab Saudi digantikan.

Kaedah biasa untuk penyahgaraman air laut adalah melalui penyahgaraman termal. Terdapat beberapa proses teknikal yang berbeza melibatkan proses ini tetapi pada dasarnya ia dapat dicapai dengan mendidihkan air, yang akan memisahkan air daripada garam.

Kaedah lain yang lebih cekap tenaga adalah penyahgaraman melalui osmosis terbalik.

Dalam proses osmosis terbalik, air laut melalui tekanan dan dipaksa melalui selaput yang hanya membenarkan molekul air melaluinya, memisahkan garam darinya.

Pada ketika ini, kira-kira separuh daripada air minum berasal dari penyahgaraman, namun proses ini mempunyai keburukan terutamanya kesannya terhadap alam sekitar.

krisis air tawar arab saudi

Hasil sampingan dari proses penyahgaraman adalah cecair garam berkepekatan tinggi yang terhasil di akhir proses dan sisa ini biasanya dikembalikan ke lautan di mana ia boleh menyebabkan kerosakan alam sekitar.

Arab Saudi mampu melakukan proses penyahgaraman air dalam jumlah yang besar kerana mereka boleh menghasilkan tenaga yang diperlukan dengan menggunakan bahan bakar fosil.

Dalam penyahgaraman termal, bahan bakar fosil digunakan untuk menghasilkan haba yang diperlukan, dan dalam osmosis terbalik, elektrik yang diperlukan sebahagian besarnya dihasilkan menggunakan gas asli.

Oleh itu, penyahgaraman air bukanlah pendekatan yang mampan untuk menyelesaikan masalah air di Arab Saudi.

al khafji solar saline water reverse osmosis

Arab Saudi juga melabur dalam loji tenaga suria dan yang terbesar di dunia adalah di Al-Khafji. Walau bagaimanapun, negara ini masih sangat bergantung pada bahan bakar fosil dan perairan fosil.

Dan pentingnya mencari penyelesaian yang mampan untuk menghadapi cabaran getir ini ditunjukkan oleh penurunan paras air bawah tanah pada dekad sebelumnya.

Apa akan berlaku kepada Arab Saudi jika masalah ini tidak diselesaikan? 

Wallahualam.

Rujukan:

1. Krisis Air Di Arab Saudi

2. Science Direct

3. Masalah Air Arab Saudi

4. Adakah Kekurangan Air Akan Menghancurkan Arab Saudi?



Hakcipta iluminasi.com (2017)