Oleh pada 13 Mar 2018 kategori

apa yang akan berlaku jika petroleum tiba tiba lenyap

Umum tahu antara salah satu sumber bumi yang paling penting adalah petroleum. Ia antara yang paling kerap digunakan dalam kehidupan seharian kita. Namun, apa yang akan berlaku jika tiba-tiba sumber ini lenyap dari muka bumi. 

Bagaimana dengan kehidupan kita?

Sumber minyak terlibat dalam hampir semua aspek kehidupan manusia. Bermula daripada anda bangun pagi untuk gosok gigi, ia diperbuat daripada petrokimia. Ubat gigi? Lipstik? Krim pencukur? Syampu? Ya, semua ini dihasilkan daripada petrokimia.

rsz bigstock silhouette three oil pumps 3494683

Jika anda rasakan kehilangan sumber minyak hanya membuatkan kereta anda tak boleh bergerak, anda silap. Hanya 43% daripada sumber minyak digunakan untuk tujuan ini. Jadi kemanakah lagi 57% tersebut? 

Jawapannya ada dalam diri anda. Center For Disease Control (CDC) Amerika Syarikat telah melakukan ujian terhadap manusia untuk mencari kesan logam dan bahan kimia.

Sebanyak 212 sebatian kimia dijumpai dalam badan manusia. Dan daripada 212 sebatian ini, 180 daripadanya dikaitkan dengan petroleum.

apa yang akan berlaku jika petroleum tiba tiba lenyap 4

Ya benar, hidup kita sebagai seorang manusia, sama seperti kereta yang kita pandu, sama seperti dunia kita, bergantung kepada sumber ini. 

Lebih daripada 85% kenderaan di Malaysia memerlukan petrol, dan memandangkan majoriti daripada kita memandu ke tempat kerja dan ke pasar raya, ketiadaan sumber petrol membuatkan perniagaan-perniagaan ranap.

Sumber makanan merosot

apa yang akan berlaku jika petroleum tiba tiba lenyap 2

Begitu juga dengan sumber makanan, akan lenyap dalam tempoh singkat. Hampir kesemua pasar raya dibekalkan barangan dan produk oleh kereta api dan lori yang menggunakan petrol dan diesel. 

Nak bercuti atau melawat keluarga menaiki kapal terbang? Itu hanya jadi angan-angan kerana 10% daripada setiap tong minyak digunakan sebagai bahan api pesawat. 

Tapi ada baiknya, kerana jika anda tinggal di bandar, terdapat lebih banyak parkir. Tapi jika anda tinggal di kawasan luar bandar, anda beruntung, tapi hanya dalam tempoh yang singkat.

Bekalan elektrik terputus

apa yang akan berlaku jika petroleum tiba tiba lenyap 5

Dalam masa satu minggu sahaja, kebanyakan tempat akan terputus bekalan elektrik yang bergantung kepada arang batu dan gas semulajadi yang mana dihantar menggunakan lori dan kereta api yang menggunakan petrol sebagai bahan api.

Dalam masa sebulan sahaja, bandar-bandar besar akan "blackout" dan tiada sumber makanan. Penduduk bandar akan mula berpusu-pusu ke luar bandar dan bersaing dengan penduduk desa untuk mendapatkan makanan, ternakan dan sayuran.

Penjagaan kesihatan terganggu

apa yang akan berlaku jika petroleum tiba tiba lenyap 6 937

Jika berlaku pergaduhan berebut sumber makanan yang menyebabkan luka, ia akan meningkatkan risiko jangkitan dan penyakit akibat kekurangan produk ubatan yang diperbuat daripada petrokimia. 

Masa semakin berlalu dan dalam beberapa bulan sahaja, negara-negara maju akan kehilangan lebih daripada separuh populasinya disebabkan kelaparan dan penjagaan kesihatan yang teruk.

Satu pertiga populasi lagi akan lenyap menjelang hujung tahun.

Bercucuk tanam menjadi norma baru

apa yang akan berlaku jika petroleum tiba tiba lenyap 8

Dalam masa 5 tahun, kumpulan manusia yang masih hidup adalah mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang bercucuk tanam. Ketika itu bercucuk tanam dan menternak menjadi satu kebiasaan baru. 

Hidup manusia kembali kepada fitrah masa dulu. Kenderaan yang menggunakan enjin petrol tidak lagi digunakan sebaliknya menggunakan enjin menggunakan arang batu sebagai bahan api. 

Populasi manusia berkurangan

apa yang akan berlaku jika petroleum tiba tiba lenyap 3

Populasi manusia daripada 7.6 billion ketika ini akan menyusut kepada 1.5 billion. Namun, jika semuanya berjalan lancar selepas itu, kita mampu untuk kembali kepada kehidupan normal seperti sediakala dalam masa 400 tahun. 

Tapi ada lagi satu perkara yang tidak disebut, iaitu tiada sambungan internet membuatkan anda sendiri tak dapat nak baca artikel ini berdasarkan video oleh What If.

 


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)