Penggunaan minyak pati semakin mendapat tempat di Malaysia dengan peningkatan populariti pelbagai jenama.

Minyak pati adalah ekstrak cair dari pelbagai tumbuhan yang berpotensi memberikan manfaat. 

Ia biasanya mempunyai bau yang jauh lebih kuat daripada tumbuhan asal dan mengandungi bahan aktif yang lebih tinggi.

Minyak pati sering digunakan untuk meredakan tekanan, menaikkan mood, menghilangkan sakit kepala dan migrain, tidur malam yang lebih baik, melegakan mual, dan bahkan menghalau serangga. Sebilangan besar minyak pati juga mempunyai sifat antiseptik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebatian bermanfaat dalam bentuk minyak ini sering digunakan dalam tiga cara penyedutan (melalui diffuser), penggunaan topikal pada kulit dan pengambilan oral.

Antara minyak pati yang popular termasuklah lavender, pudina, lemon, kayu putih, oren, chamomile dan ylang-ylang.

Ramai yang memiliki diffuser di rumah dengan rekaan yang menarik dan terdapat trend baharu iaitu meletakkan minyak pati pada topeng muka kain menjadikan rutin ini kelihatan seperti tidak berbahaya.

Perkatan dan frasa seperti "semula jadi" dan "terapeutik" membuatkan pengguna lebih tertarik dengan minyak dengan bau yang kaya ini. 

keburukan minyak pati

Kita sering menganggap bahawa "semula jadi" bermaksud selamat, tetapi terdapat banyak sebatian dan bahan kimia semula jadi yang sebenarnya tidak selamat untuk kesihatan.

Dan konsep ini juga terpakai untuk minyak pati atau essential oil.

Ya walaupun minyak pati adalah semula jadi berasal dari tumbuhan, ini tidak bermakna ia tidak boleh memberikan kesan negatif kepada kita.

Keselamatan minyak pati bergantung kepada orang yang menggunakannya, tetapi seperti mana-mana produk tumbuhan, minyak ini boleh menyebabkan kerengsaan kulit, gejala pernafasan dan juga gejala yang berkaitan dengan hormon.

Minyak pati dan sistem endokrin

sistem endokrin terjejas akibat minyak pati

Sistem endokrin manusia merangkumi kelenjar yang menghasilkan hormon untuk mengatur metabolisme, tidur, mood, nafsu makan, fungsi seksual, pertumbuhan dan banyak lagi.

Apabila kelenjar ini menghasilkan terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon, ia boleh mengakibatkan berlakunya gejala termasuklah kenaikan berat badan, perubahan mood, libido rendah, gangguan tidur dan keletihan.

Dr. Romy Block, ahli endokrinologi dan pengasas bersama Vous Vitamin, mengatakan minyak pati boleh bertindak sebagai pengganggu endokrin, yang bermaksud ia mengganggu pengeluaran hormon semula jadi anda.

"Bahan-bahan kimia ini dapat menurunkan atau meningkatkan kadar hormon normal dalam tubuh, menyebabkan gangguan pertumbuhan, perubahan pembiakan atau bahkan gangguan pada sistem imun badan," kata Dr. Block.

Tidak ada bukti yang cukup untuk mendakwa semua minyak pati sebagai pengganggu endokrin kata Dr. Block, tetapi sebilangan kecil minyak pati telah dikaitkan dengan komplikasi kesihatan yang berkaitan dengan hormon.

kesan sampingan minyak pati lavender

Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa minyak lavender dikaitkan dengan perkembangan payudara awal pada kanak-kanak perempuan.

Minyak lavender dan minyak teh juga dianggap membawa kepada keadaan yang disebut sebagai prepubertal gynecomastia, iaitu pertumbuhan tisu payudara yang tidak normal pada kanak-kanak lelaki.

Dr. Block menasihatkan agar tidak menggunakan minyak lavender dan minyak teh dalam diffuser untuk mengelakkan komplikasi ini, terutamanya pada kanak-kanak dan remaja.

prepubertal gynecomastia

(contoh prepubertal gynecomastia)

Wanita hamil dan orang yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan dengan hormon seperti diabetes perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan minyak pati secara topikal (pemakaian pada kulit) atau menggunakan diffuser.

Selain itu, tertelan minyak pati secara tidak sengaja boleh membahayakan dan berpotensi mengancam nyawa. Kajian kes tahun 2012 menunjukkan kes seseorang yang memakan minyak pudina yang hampir membawa maut.

Walaupun kebanyakan orang tidak mengalami reaksi yang teruk, kebanyakan minyak boleh bertindak sebagai toksin di dalam badan.

Minyak pati dan alahan

kesan sampingan akibat penggunaan minyak pati

Kemungkinan kesan utama dan yang paling cepat akibat penggunaan minyak pati terhadap kesihatan adalah gejala alahan.

Anda akan tahu jika anda mempunyai reaksi alergi terhadap minyak pati kerana ia akan mengakibatkan gejala-gejala biasa seperti mata gatal dan berair, hidung berair, bersin dan sesak nafas.

Penggunaan minyak pati secara topikal boleh mengakibatkan gejala alahan pada kulit, termasuklah kemerahan, ruam, gatal-gatal dan pembengkakan kulit.

Sekiranya anda mengesyaki anda mempunyai reaksi alahan terhadap minyak pati, hentikan penggunaan produk tersebut dan dapatkan nasihat pakar alahan untuk penilaian lanjut kata Dr. Sanjeev Jain, ahli alergi dan imunologi yang bertauliah di Columbia Allergy.

"Sangat penting untuk mengetahui ekstrak mana yang menyebabkan reaksi dan ekstrak mana yang selamat untuk anda terus gunakan. Anda mungkin boleh sensitif terhadap pelbagai alergen dalam masa yang sama, jadi amat penting untuk dinilai dengan tepat sebelum meneruskan penggunaan minyak pati atau ekstrak ini." kata Dr. Sanjeev.

Malangnya, alahan terhadap minyak pati membuatkan individu tersebut menghindarkan diri daripadanya. Sekiranya sensitif secara kontak, maka ia mungkin boleh digunakan menggunakan diffuser.

Minyak pati mana yang selamat?

adakah minyak pati baik untuk kesihatan 100

Masih belum ada bukti tentang minyak pati untuk menyenaraikan yang mana adalah benar-benar "selamat" dan "tidak selamat". Ketika ini, kebanyakan minyak pati dianggap selamat dengan penggunaan yang betul dan pelbagai kajian melaporkan faedah kesihatan minyak pati yang berbeza.

Namun, ini tidak bermakna ia tidak boleh memberikan keburukan.

Sebagai contoh, satu kajian pada tahun 2019 menunjukkan bahawa minyak pati kayu putih (eucalyptus ) dan halia mungkin menyokong kesihatan imun.

Namun, para penyelidik menegaskan bahawa kebanyakan kajian seperti ini dilakukan di negara-negara timur di mana sebatian tersebut "digunakan secara tradisional dan dihargai" dan minyak tulen yang digunakan dalam kajian ini kemungkinan besar tidak seperti yang dijual di kedai-kedai biasa.

Ini antara contoh kebaikan dan manfaat serta kesan negatif minyak pati:

  • Lavender - dapat membantu tidur dan rehat, tetapi boleh mengganggu sistem endokrin
  • Eucalyptus  - menenangkan tetapi boleh menyebabkan sawan jika ditelan
  • Chamomile - boleh membantu anda berehat tetapi mereka yang mempunyai alahan terhadap tumbuhan keluarga daisy boleh mengalami alahan teruk
  • Pudina - disukai kerana kesan penyejukan pada kulit tetapi ia juga diketahui boleh menyebabkan ruam kulit, terbakar dan memerah, dan lain-lain.

minyak pati kayu putih

Agak sukar untuk menyenaraikan minyak-minyak pati yang bagus dan berbahaya, kerana setiap orang mempunyai kesan alahan yang berlainan terhadap minyak pati berbeza.

Hanya individu tersebut sahaja yang boleh tahu minyak pati mana yang perlu dielakkan.

Bagaimana pula dengan haiwan peliharaan?

adakah minyak pati bahaya untuk haiwan peliharaan

Jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, pastinya anda tertanya-tanya sama ada minyak pati selamat untuk haiwan ini.

Menurut ASPCA (Persatuan Amerika untuk Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan), kucing sangat sensitif terhadap minyak pati, kata Lambert Wang, pengasas bersama Cat Person.

"Walaupun keselamatan penggunaan minyak pati bersifat individu dan berbeza dari kucing ke kucing, peraturan amnya adalah jangan sesekali membiarkan kucing anda berada di kawasan di mana diffuser minyak pati dipasang," kata Lambert Wang.

Untuk anjing pula, American Kennel Club mengatakan bahawa minyak pati boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit anjing jika dipakaikan secara topikal dan pengambilan secara oral boleh menyebabkan gangguan pada usus.

Pastikan pintu sentiasa terbuka untuk membolehkan haiwan peliharaan anda beredar dari kawasan yang dipasang diffuser, dan jangan sesekali mengaplikasikan minyak pati secara terus pada kucing atau anjing anda.

Rujukan:

1. Very Well Health

2. Web MD

3. Cnet

4. Medical News Today




Hakcipta iluminasi.com (2017)