menggoreng tidak baik untuk kesihatan

Menggoreng adalah antara salah satu teknik masakan yang paling digemari. Ia membuatkan makanan menjadi rangup, menambah rasa kelemakan serta rapuh.

Namun, ia bukanlah cara yang terbaik untuk memasak kerana membuatkan makanan menjadi tidak sihat.

Pasti anda tertanya-tanya adakah ia disebabkan minyak yang tidak berkualiti dan adakah menggoreng dengan minyak yang lebih sihat akan menjadikan makanan itu lebih baik?

Sebagai contoh, minyak zaitun. Adakah dengan manfaat daripada minyak zaitun menjadikan makanan lebih baik jika digunakan dengan cara menggoreng?

Khasiat minyak zaitun

minyak zaitun banyak khasiat

Lemak terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu tepu, politaktepu dan monotaktepu. Lemak tepu menyumbang kepada kolestrol tinggi dan arteri tersumbat.

Lemak mono tak tepu seperti yang terkandung dalam minyak zaitun dan buah alpukat (avocado), dan lemak politaktepu seperti minyak jagung dan kanola, tidak membuatkan arteri tersumbat dan juga boleh merendahkan kolestrol.

Minyak zaitun boleh dijadikan pengganti bagi mentega untuk dimakan dengan roti atau disapukan pada steak dan sayuran. Minyak zaitun adalah sebahagian daripada perkara penting dalam diet bagi orang di negara-negara Laut Mditerranean.

Mereka ini mempunyai tahap penyakit jantung yang lebih rendah daripada negara-negara lain. Malah, ia adalah salah satu daripada makanan yang dimakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Teknik "deep frying"

menggoreng tidak baik untuk kesihatan 2

Menggoreng atau deerp frying melibatkan memanaskan minyak dalam jumlah yang banyak kepada suhu tinggi dan kemudiannya menggoreng makanan dengan cepat di dalam minyak yang panas.

Kunci kepada makanan goreng yang lebih sihat terletak pada suhu minyak. Sekiranya minyak tidak cukup panas untuk memasak makanan dengan pantas, makanan akan menyerap lebihan minyak dan lemak.

Sekiranya minyak terlalu panas, komponen dalam minyak mula merosot, menghasilkan rasa pelik dan menghasilkan sebagian toksik dalam minyak.

Panaskan minyak pada suhu yang tepat, biasanya 175 hingga 190 darjah Celcius, dan makanan anda hanya akan menyerap minyak dalam jumlah sedikit sahaja.

Menggoreng dengan minyak zaitun

menggoreng dengan minyak zaitun

Setiap jenis minyak mempunyai suhu tersendiri di mana kualitinya mula merosot.

Suhu ini, yang dikenali sebagai "smoke point", adalah lebih rendah untuk minyak zaitun berbanding dengan minyak-minyak lain yang digunakan untuk menggoreng, seperti minyak kacang atau kanola.

Minyak zaitun "extra virgin" mempunyai smoke point serendah 160 darjah Celcius, membuatkannya tidak sesuai digunakan untuk menggoreng. Minyak zaitun "light" pula mempunyai smoke point pada 237 darjah Celcius, boleh digunakan untuk menggoreng.

Namun, apa yang paling penting untuk anda tahu adalah menggoreng dengan menggunakan minyak zaitun tidak akan membuatkan makanan anda menjadi lebih sihat berbanding menggoreng dengan minyak-minyak politaktepu yang lain.

Cadangan penggunaan minyak zaitun

manfaat minyak zaitun

Minyak zaitun boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat. Daripada anda menggoreng, sapukan minyak zaitun pada sayuran atau goreng pada suhu yang rendah (bukan deep frying).

Gantikan penggunaan mentega dengan minyak zaitun untuk menambahkan rasa pada sayuran kukus. Jika anda tetap nak menggoreng tak kisahlah sama ada ikan atau ayam, pastikan suhu minyak rendah, namun ia akan membuatkan struktur makanan tidak garing dan berminyak.

Rujukan:

1. Livestrong

2. The Conversation


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)