olive wagyu daging lembu paling rare di udnia

Dengan hanya kira-kira 2,200 ekor lembu yang diternak khusus dan hanya sedikit sahaja dijual setiap bulan, "Olive Wagyu" atau wagyu zaitun dianggap sebagai jenis stik paling jarang ditemui di dunia. 

Sejarah daging lembu wagyu zaitun ini berkait rapat dengan Pulau Shodoshima, terletak di wilayah Kagawa di Jepun.

Juga dikenali sebagai "Pulau Zaitun" kerana iklim mikronya yang setanding dengan Mediterranean, Pulau Shodoshima ialah lokasi asal penanaman zaitun di negara matahari terbit ini.

Ia juga merupakan tempat di mana lembu Wagyu diternak sejak abad ke-8, terutamanya sebagai haiwan untuk membawa beban dan mengusahakan sawah padi.sejarah wagyu zaitun daging paling rare di dunia

Pada mulanya lembu wagyu di pulau ini sebenarnya tidak tahan dengan rasa buah zaitun yanga sangat pahit sehinggalah seorang petani tempatan menghasilkan cara untuk mencampurkan eksport utama Pulau Shodoshima ini ke dalam diet haiwan tersebut.

Penghasilan wagyu zaitun biasanya dikaitkan dengan Masaki Ishii, seorang petani di Pulau Shodoshima yang kecewa dengan jumlah sisa buah zaitun yang terpaksa dibuang setiap tahun.

Oleh itu, Masaki memutuskan untuk untuk tidak berdiam diri dan menyelesaikan masalah ini.

Sisa buah zaitun atau "lee" ini pada dasarnya adalah buah zaitun yang ditekan dalam proses pembuatan minyak dan ia sangat kaya dengan nutrien, jadi Masaki menganggap bahawa perlu ada cara untuk mendapatkan faedah daripadanya selain dari dibuang.

Sebagai pemilik Wagyu sendiri, petani ini pada mulanya cuba memberi baki buah zaitun ini kepada lembu-lembunya, namun idea ini adalah sangat tidak bernas.

wagyu zaitun sangat rare dan mahal

(Masaki Ishii, individu di sebalik penciptaan wagyu zaitun)

Lembu-lembunya tidak memakan buah zaitun yang diberikan Masaki kerana teksturnya yang luar dari kebiasaan dan rasa yang pahit.

Namun Masaki tidak berputus asa dan sebaliknya, dia cuba mencari cara untuk menjadikan sisa buah zaitun itu lebih menyelerakan.

Setelah percubaan demi percubaan, Masaki mendapati bahawa dengan memanggang, mengeringkan dan menekan buah zaitun tersebut untuk mengeluarkan gula semula jadi di dalamnya, buah-buah tersebut akan menjadi lebih enak untuk lembu.

hidangan wagyu olive

Dengan ini, lembu-lembu tersebut sangat menggemari diet baharu yang dicipta oleh Masaki.

Walaupun Masaki telah berjaya menyelesaikan masalah pembuangan sisa buah zaitun ini, namun dia tidak menyedari bahawa dia sebenarnya telah merevolusikan daging lembu.

Menambah sisa buah zaitun ke dalam diet lembu telah mengubah rasa daging itu sendiri dan para pakar Jepun menyedari tentang perkara ini sebaik sahaja mereka merasainya.

Rupa-rupanya, kekayaan nutrien yang dimiliki oleh sisa buah zaitun ini telah memperhebatkan rasa umami daging sekaligus menjadikan stik yang sememangnya sudah enak ini menjadi lebih lazat.

daging wagyu zaitun

Malah, bukan sahaja rasa daging Wagyu ini sahaja terkesan dengan buah zaitun tetapi juga rupa bentuk daging itu sendiri yang dikenali sebagai "marbling".

Marbling Wagyu sememangnya terkenal dalam kalangan peminat stik di seluruh dunia, namun wagyu zaitun memiliki marbling yang lebih mendalam yang menjadikan teksturnya lebih lembut dan cair di dalam mulut.

Ada yang mendakwa bahawa kandungan asid oleik yang tinggi dalam buah zaitun yang mana secara meluas dianggap sebagai salah satu sumber lemak pemakanan yang lebih sihat telah menjadikan wagyu zaitun lebih sihat daripada wagyu yang diternak dengan cara biasa apatah lagi berbanding daging lembu biasa.

mengapa wagyu olive sangat istimewa 587

Memang tidak dapat disangkal lagi keistimewaan yang dimiliki wagyu zaitun, namun malang sekali tidak ramai yang dapat menikmati daging enak ini.

Disebabkan oleh penternakan lembu ini yang sangat terhad iaitu hanya kira-kira 2,200 wagyu sahaja wujud di dunia, wagyu zaitun tersangat sukar ditemui di Jepun apatah lagi di seluruh dunia.

Wagyu zaitun dilaporkan sangat jarang ditemui sehinggakan ramai pemilik restoran di Jepun sendiri tidak pernah mendengar tentangnya.

Dan seperti yang anda dapat jangkakan, daging yang sangat sukar ditemui ini sudah pastinya mahal.

Crowd Cow, satu-satunya syarikat yang menawarkan wagyu zaitun di Amerika Syarikat menjual stik mata rusuk dengan marblin A5 di laman webnya dengan harga RM1,109 sekeping untuk 400 gram, menjadikan harganya sekitar RM2,772 sekilogram.

Jika di restoran, harga stik wagyu zaitun ini dijual dengan harga lebih dari RM2,000 sekeping.

Dan walaupun anda mampu untuk membayar harga yang sangat tinggi ini, daging ini tidak sentiasa tersedia dan anda perlu menunggu untuk tempoh yang tidak diketahui untuk merasainya.

Rujukan:

1. CNBC

2. Aden Films

3. Wagyu Olive

4. OliveFedBeef



Hakcipta iluminasi.com (2017)